VIP Blog

Wednesday, 3 July 2013

Running Man Daebak

Assalamualaikum.

Running Man ! Running Man ! Running Man !




Amboi excited bebenor kalau sebut Running Man ye. Sekarang ni pergi mana je mesti ada orang sebut pasal Running Man. Rumah, kolej, hostel, pasaraya. twitter, facebook, blog, ha kira semua orang la sebut Running Man ni. Apa yang best sangat pasal Running Man ni ?

Gaya intro macam aku ni tak minat Running Man kan ? tapi sebenarnya aku dah addicted dekat Running Man ni sebab cerita ni sangat seronok dan boleh hilangkan stress. Tak percaya ? cuba la tengok. 

Aku mula minat Running Man sejak bulan 7 2011. Time tu tinggal lagi 3 bulan je nak SPM, bayangkan betapa main2nye aku time tu *gelak sopan*. Aku tengok Running Man pon secara tak sengaja. 

Imbau kembali 3 tahun lepas...

Waktu tu dah malam, ada la dalam jam 1 pagi (siap ingat waktu tu). Aku ni antara jenis burung hantu jugak, susah nak tidur awal tambah2 kalau esoknya cuti. Aku bosan gila time tu jadi terdetiklah hati nak tengok channel korea (One HD 393) dan jeng jeng jeng....


Kim Hyun Joong!!!

Yeah! Kim Hyun Joong Oppa (Running Man episode 47). Dah time tu aku tengah minat gila dekat dia. Apa lagi menggelipid-litis (menggedik) la aku memalam tu. Aku tengok sampai habis dan keesokkan harinya apa lagi, mulakan la aktiviti mencari cerita ni. Cari punya cari, ok dapat tahu cerita ni setiap jumaat pukul 6.45 petang (sekarang 11.45 malam).

Next weeknya 6.30 aku dah tercongok depan tv tunggu cerita ni (tak sedar diri nak SPM). Sebenarnya aku dok menunggu sebab aku fikir ada Kim Hyun Joong tapi harapanku meleset, rupa2nya Kim Hyun Joong tu hanya la tetamu tapi aku tetap tengok sebab aku tertarik dengan sorang ahli Running Man ni, bijak dan licik. Agak2 siapa ? 



Ace Ji Hyo

Song Ji Hyo...Aku memang tertarik tengok dia, satu2nya wanita dalam Running Man. Rasanya dalam Running Man ni Ji Hyo yang paling banyak menang walaupun dia perempuan. Aku paling suka kalau dia jadi spy, memang menjadi dan  aku suka juga kalau dia dengan gary (monday couple).

Disebabkan addictednya aku dekat Running Man ni, aku telah menyebarkan Virus Running Man dekat family dan kawan2 aku, hehe. Sekarang mereka pon macam aku addicted dekat Running Man (mission complete) dan sekarang aku la "kilang pengeluar" Running Man untuk mereka semua

"Syasya dah download episode baru ?" - kolej
"Syamira aku nak Running Man" - twitter
"Adik Running Man bila?" - rumah

Ayat2 atas ni dah biasa sangat aku dengar...

bukti aku addicted Running Man

Ha nampak tak ? nampak tak ? Aku punya minat dari episode 1-152 aku simpan (penuh la hard disk aku, hehe) dan sebab ni la aku dipanggil "kilang" Running Man ^^

By the way awak awak awak semua, tahu tak Running Man ada buat fan meeting dekat malaysia 7 september ni ? actually aku pon tak berapa nak pasti hal ni tapi aku harap kali ni bukan hanya rumor seperti sebelum2 ni. Aku harap fan meet ni betul sebab aku nak pergi ! aku nak jumpa gary . hehe

"awak awak kita dah instagram, follow la ae" - ayat minta kaki je, haha

Aku dah lama dah buat instagram ni tapi baru2 ni nak aktif. Kalau nak follow tekan je butang instagram dekat tepi tu ^^ ha siapa nak aku follow insta die bagitau la ae, aku ni jenis susah jugak nak follow orang ni. hehe

p/s : Final exam dah berakhir so masa untuk aku melayan Running Man, oo yeah ! ha aku tengok Running Man dekat sini (kshownow.net) .

4 comments:

  1. Wahh :D Download dekat mana ? Hana nak jugak :'((

    ReplyDelete
  2. memang best la..kawan2, keluarga ramai yang minat kt RM nie..kelakar dan best untuk ditonton..hehe

    ReplyDelete
  3. sya pun minat running man =D

    ReplyDelete
  4. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete