VIP Blog

Friday, 7 June 2013

Ada Apa Dengan Cinta ?

Assalamualaikum

 <--- klik play untuk mainkan lagu

Ada apa dengan Cinta ? Yup itu la tajuk entry kali ni . Aku tak pernah bercinta jadi aku tak faham macam mana perasaan orang bercinta . Ada kata bahagia, ada kata derita tapi bagi aku cinta itu satu anugerah yang tidak ternilai yang Allah berikan kepada manusia. Hanya manusia je yang tak tahu menghargainya dan menyebabkan cinta itu jadi satu perasaan yang menyakitkan.



Walaupun aku tak pernah bercinta dan erti kata lain "Single" tapi hati aku telah dihuni satu nama lelaki sejak 6 tahun lepas. Aku rasa tak perlu kot aku sebut nama lelaki tu.

Dia aku kenal sejak Form 2. Pertama kali aku tengok dia, aku dah mula suka dekat dia. Pada awalnya, aku suka main2 je tapi tak sangka pulak main2 tu berlarutan sampai 6 tahun *adakah ini dikatakan cinta?*.Sukakan seseorang sampai 6 tahun ? sound like crazy right ? tapi itu la hati aku, sudah tak mampu nak padam nama dia dalam hati dan fikiran aku ^^

Kawan2 aku suruh aku berterus terang tapi...ingat mudah ke nak luahkan perasaan ? susah taw ! Orang cakap senang la tapi cuba buat, tahu la betapa peritnya nak luahkan perasaan. Aku lebih sanggup pendam sebab aku tahu sudah ada yang bertakhta di hati dia. Daripada aku patah hati lebih baik aku pendam, kan kan. Macam lagu najwa latif ni...

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,

Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,

Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,


Apa pon aku selalu mendoakan dia bahagia dengan orang yang dia sayang. Bunyi macam aku tak pedulikan hati aku kan ? tapi bagi aku kalau dia gembira, itu akan membuatkan aku gembira. Hidup single pon tak semestinya bosan, aku gembira je sebab ada keluarga dan kawan2 yang menemani aku ketika susah dan senang.




Wahai Cinta Hatiku,

Aku mungkin tidak secantik dia,
namun harapku apa yang terpapar diwajahmu cukup terbaik buatmu.
Aku mungkin tidak sesolehah dia,
namun harapku kau akan selalu ada disisi memimpinku ke arah menjadi yang lebih baik.
Aku mungkin tidak seayu dia & sesopan dia,
namun harapku dengan apa yang aku ada 
mampu membuat kau memandangku lebih sekadar dari biasa.
Aku mengimpikan dirimu didalam setiap mimpi & anganku,
menjadi HERO setiap fantasiku,
PENCETUS IDEA setiap setiap patah kataku.
Kau ibarat UDARA dalam setiap hembusan nafasku.
Kadang2 aku bermimpi kau menjadi milikku,
menemani aku didalam setiap lembaran hidupku bersama MEWARNAI DINDING CINTA.
Betapa aku berharap kau adalah orangnya.
Tapi...aku tahu perjalanan kita masih jauh lagi.
Namun aku akan terus berharap,
walau mungkin nanti harapan hanya tinggal kenangan & kenyataan, 
Kerana selagi kau masih ada dihatiku,
selagi itu harapanku tetap buatmu.
Meski penghujungnya tiada siapa pun tahu.

\~Cik Joy~

Sajak ni kawan aku yang tulis. Jiwang dan berbungakan ? tapi aku suka baca. Kalau nak kenal follow la twitter dia, Cik Joy.

Ok agak panjang jugak entry ni. Yela da lama tak menaip, lepas ni aku pon makin busy dengan OSCE dan Final Exam. Wish me luck ok ^^ ha terima kasih jugak kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan aku, 1 doa tu sangat berharga dan tak mampu balas. Terima Kasih banyak-banyak :)

p/s : 1st time pasang lagu dalam blog, tak tahu la ape jadi :P