VIP Blog

Sunday, 28 April 2013

Ujian Kali Kedua

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk menaip di "Blog Kesayangan" aku ni. Agak lama aku menyepi disebabkan terlalu busy. Semester 2 ni sangat memenat dan aku harap korang faham :) Ada yang rindu dekat aku tak? ada tak? ada tak? ok fine takde *cedih*

Hehe, ok just kidding. Ujian kali kedua? ujian apa? lesen kereta? final exam? Aku tahu sekarang ni memang ramai stress sebab "ujian" kan atau kata nama lain "exam" dan ada juga yang dah mula cuti semester *seronok la -.-*

Okey lah straight to the point. Sebulan yang lepas aku diuji dengan satu berita yang boleh membuatkan jantung aku gugur. Dokor sahkan aku ada penyakit cyst ovari. Apa tu cyst ovari? korang boleh klik SINI, untuk tahu lebih lanjut.

cyst ovari adalah pembembesaran yang terjadi pada kilang ovari.

Macam mana boleh jadi macam ni? itulah soalan yang orang ajukan pada aku lepas aku dapat tahu penyakit ni. Ok kisah dia macam ni...

Sebulan lepas aku pergi klinik sebab cirit-birit tapi masa periksa perut aku doktor rasa lain dan bila doktor scan perut aku, doktor kata ada ketumbuhan. Ketumbuhan tu sangat besar, besarnya seperti orang 6 bulan mengandung *besarkan?*. Ketumbuhan tu perlu dibuang dengan segera untuk mengelakkan risiko yang lagi tinggi.

Time tu tiada apa yang mampu aku ucapkan, hanya Allah je tahu perasaan aku ketika itu. Family? jangan cakap la, mereka sangat-sangat risau dan ketika tu la aku sedar, mereka sangat sayangkan aku. Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat penyayang dan prihatin.

19/4/2013 aku menjalani operation. Yup! seminggu yang lepas. Ini merupakan operation kedua dalam hidup aku. 4 tahun lepas aku pernah jalani operation masukkan besi dalam kaki sebab excident dan kali ni operation dibahagian perut untuk buang ketumbuhan. 

Alhamdulillah berkat doa semua orang, operation tu berjaya *terima kasih kepada yang mendoakan aku*. Sekarang ni aku makin sihat dan dapat cuti sakit 2 bulan. Lamakan? tapi aku rasa aku cuti 2 minggu je la, tak sanggup nak tinggal kelas lama-lama, rugi.

Ramai kata aku kuat. Mungkin luaran aku nampak kuat tapi dalaman hanya Allah yang tahu. Kita takkan tahu kita kuat atau tidak kalau kita tak alaminya sendiri. Apa pun doakan aku cepat sihat ya ^^

p/s: kalau aku tak kena cirit-birit mungkin sampai sekarang aku takkan tahu pasal penyakit aku ni dan aku hanya fikir perut aku hanya buncit biasa. "Setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya"