VIP Blog

Tuesday, 14 August 2012

I'M Back!

Assalamualaikum.

Ok guy! jom kita menyanyi...

memang kami ini Medical Assistant,
bukan seorang Doktor atau seorang Bidan,
jika engkau sakit kami akan rawat sampai engkau sihat.

(ikut rentak lagu anak kampung)

"Apa ni? intro je dah suruh orang menyanyi. Puasa la"

Peace yo! rilex-rilex, hee. Fuhh! agak lama aku x menaip dekat sini, hmm 2 bulan lebih rasanya, blog pon da naik anai-anai *maafkan saya wahai blog ku sayang* hehe. 2 bulan ni aku tersangat la busy, busy untuk sambung belajar, aku harap korang faham :)

Alhamdulillah sekarang aku dah mula sambung belajar dekat Pusrawi International College Of Medical Sciences (PICOMS) dalam course Diploma Medical Assistant. Siapa sangka budak Engineering macam aku ni, langsung tiada basic Biology boleh sambung belajar dalam bidang perubatan, inilah dikatakan rezeki Allah.

Sebenarnya aku dapat 3 tawaran, Dip. Medical Assistant (PICOMS), Dip. Civil Engineering (KPTM) *course yang aku nak sangat* dan Dip. Pengurusan Peruncitan (Politeknik). Pada awalnya aku nak politeknik tapi lepas dipujuk oleh mak, ayah dan jiran aku, aku pilih la PICOMS. Mak aku cakap fikir masa depan.

Walaupon hanya tahap Kolej bukan Universiti/IPTA tapi aku seronok belajar dekat sini. Aku jumpa kawan-kawan dan housemate yang best. Kawan-kawan baik aku pon dah sambung belajar dalam course yang dorang minat *aku tumpang gembira untuk korang*.

housemate aku yang best ^^

classmate aku yang sporting dan kecoh, hehe

 roommate aku yang gila-gila & comel *orang dungun ni* hehe

Bila dah start belajar, otak mula rasa nak pecah. Yela dah berkarat, lama sangat stop, hehe. Killer subject bagi aku sekarang ni, Anatomy & Physiology sebab banyak menghafal tapi aku tetap enjoy. Subject paling happening subject Physcology sebab lecturer kelakar.

p/s: Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Maafkan aku andai ada penulisan aku mengguris hati korang. Semoga kita berjumpa lagi untuk entry seterusnya *insyaAllah*

"BERHATI-HATI DIJALAN RAYA & INGATLAH ORANG TERSAYANG"

*aku jarang berblog tapi selalu on twitter so sudi-sudilah follow aku ditwitter ^^*