VIP Blog

Monday, 21 May 2012

Ulang Tahun Pertama Blog ^^

Assalamualaikum


"Happy birthday to you, happy birthday to you"

"Eh jap! bukan birhtday kau bulan 8 ke? hari ini birthday siapa?"

"Ya birthday aku bulan 8. Hari ini birthday blog aku yang pertama" 

Yeay! tepuk tangan. Hari ini blog aku genap setahun. Wah! x sangka da setahun rupanya blog aku ni, rasa macam baru semalam je aku blog, hehe. Ok hari ni aku akan cerita mengenai aku, blog ni dan apa yang terjadi selama setahun aku berblog ^^

Latar Belakang Tuan Blog :
  • Nama sebenar aku ialah Siti Nor Syamira bt Yahya. Sejak berblog ni barulah aku biasa orang panggil aku "mira" sebab didunia realiti hanya 2 orang je panggil aku dengan nama ni. Kebanyakkan kawan-kawan aku panggil aku "syamira" dan family aku panggil aku "adik"
  • Dilahirkan pada tanggal 20/8/1994, tahun ni aku berumur 18 tahun (dah tua rupanya aku ni)
  • Seorang yang simple, pendiam dan pemalu tapi sangat la gila-gila bila bersama kawan-kawan, hehe (kalau orang ramah dengan aku, aku pon automatik akan jadi peramah). 
  • Peminat filem kung fu, Harry Potter dan 3 Idiot (favourite film)
  • Minat lakonan Jet Li, Jackie Chan, Stephan Chow dan Aamir Khan
Ha setakat tu je la latar belakang aku. Bila buat ni teringat pulak masa zaman sekolah dulu kawan minta biodata, hehe. Ok cerita pasal blog pula

    Latar Belakang Blog:
    • Blog ni ditubuhkan setahun yang lepas pada tarikh 21/5/2011 ( aku buat tahun aku SPM, ish ish teruknya aku ni, hehe)
    • Mula buat blog ni sebab kawan. Thankz to wani omar sebab kenalkan aku dunia blog ni (aku buat pon setelah dipaksa, hehe).
    • Blog ni dinamakan SNS Story's sempena dengan nama aku Siti Nor Syamira. Masa aku guna nama ni dulu kawan-kawan aku fikir tu nama aku dengan pakwe aku, haha. (kelakar sungguh la, aku pakwe pon takde)
    • Awal-awal blog ni aku tak ada follower ramai macam sekarang ni *alhamdulillah*. Masa tu follower aku hanya la kawan-kawan aku je (tak pernah berangan pon ada follower ramai)
    • Lepas habis SPM baru la aku mula aktif berblog dengan rajin melakukan blog walking tapi sekarang ni aku agak malas, hehe. Thankz to kak aida tuan blog diari si froggie sebab menjadi inspirasi aku untuk blog walking ni (kak aida adalah follower aku yg ke-10)
    • Aku mula rajin blog walking bulan 1 hari tu. hmm kiranya sekarang da 5 bulan la, hee
    • Entry blog ni masa awal-awal dulu banyak mengenai bola je sebab tahun lepas aku minat sangat dengan bola tapi tahun agak kurang sedikit *sikit je* hehe. Kebanyakkan entry aku dulu pon merepek dan perli-perli orang tapi aku tak pernah tulis entry pasal gosip-gosip artis (tak percaya pergi la usha entry dulu, hehe) 
    • Dekat blog ni aku jumpa ramai kawan-kawan, kakak, abang, adik dan pak cik. Aku rasa macam sebuah keluarga blog ni. 
    • Blog saya simple tapi comel adalah contest yang pertama dianjurkan oleh aku dan kawan-kawan aku (siapa nak join silakan la tarikh tamat 27 mei ini)
      Ok itu la sedikit kisah mengenai blog aku. Serius aku cakap bila baca entry aku yang lama-lama dulu aku akan tergelak, teringat kisah tahun lepas macam mana aku masa gila bola, seorang mamat ni dan kawan-kawan aku, hehe. Ok seterusnya aku nak ucapkan terima kasih

      Terima Kasih :
      • 1st terima kasih dengan along aku yang tolong bagi pinjam laptop dan bayar broadband tiap-tiap bulan kalau tak, tak dapat la aku nak berblog ^^
      • Terima kasih dekat kawan-kawan aku yang paksa aku buat blog dulu kalau tak kerana mereka aku tak akan ada blog, hee (wani, anis & adila)
      • Terima kasih kepada mereka yang sudi follow blog aku ni sehingga aku da ada 700 follower (jasa korang akan ku kenang)
      • Terima kasih kepada mereka yang sudi borak-borak dengan aku dekat shoutbox tu. (kak fiezah & DF adalah pencetusnya diikuti dengan cex ah, abang shar, teha dan ramai lagi la kalau aku senaraikan sampai esok tak sudah, hehe)
      • Terima kasih kepada mereka yang sudi memberi komen di entry-entry aku.
      • Terima kasih kepada mereka yang senaraikan blog aku dalam bloglist mereka *terharu* (DF, kak zaza & uncle jonni. 3 orang ni je aku perasan kalau ada yang lain-lain, terima kasih ya ^^)
      • Terima kasih bagi aku hadiah doodle dan lukisan yang cantik (DF & cex ah)
      Fuhh panjangkan entry aku? ha ni ada lagi ni, hehe. Sebagai ulang tahun blog aku yang pertama aku nak promosi 2 blog ni. Blog yang pertama ialah blog All About Life

      Photobucket

      Blog ni kepunyaan kak aisya. Aku nak promosikan blog ni sebab kak aisya antara tukang komen yang paling banyak dekat blog aku sejak 4/5 bulan. Disebabkan kak aisya rajin komen blog aku, aku pon rajin la komen blog dia dan tersenarai dalam top tukang komen dekat blog dia. Kebanyakkan entrynya sangat menarik dan tidak merepek macam aku, hehe. Seorang yang gemarkan kucing dan ada kucing bernama cik teng teng. Masa aku menghilangkan diri dulu, kak aisya masih rajin blog walking ke blog aku. Thankz ye kak ^^

      Blog yang kedua ialah blog catatan abang jonni (aku panggil uncle jonni je, hehe)




      Ha ni lagi seorang top tukang komen dekat blog aku sejak 4/5 bulan yang lepas. Aku suka singgah blog uncle jonni ni sebab entry blog die ada kartun *aku kan obses dengan kartun* hehe. Semua kartun-kartun tu uncle jonni lukis sendiri, perghh memang terbaik la (teringin nak ada tangan seni macam tu, hee). Blog uncle jonni juga merupakan salah satu tempat untuk aku hilangkan tension sebab entry dia kelakar dan best. Ha ada satu perkara yang buat terharu, uncle jonni mempromosikan contest aku dekat blog dia. Thankz uncle jonni ^^

      Fuhh panjang betul, tangan aku pon da lenguh ni, hehe. Ok setakat ni je la aku menaip untuk entry ni, insyaAllah kita jumpe dientry seterusnya.

      p/s : da malam baru aku teringat hari ini blog aku ulang tahun, hee

        20 comments:

        1. tahniah sis :) ingatkan umur sis baya2 ratu je.. hehe.. saya buat blog 14 january 2011.. hee XD

          ReplyDelete
        2. tahniah mira... hepi bufday utk SNS Story's,,, dah besar pnjang blog nih... hehee :P
          terharu name sye pon ade kat situ... hee
          sye pon tumpang terharu utk fiqa... ahhahaa **mengade2 jap :P
          sye akn sentiase sokong blog mira... hee
          **sye pon suke 3idiots, cite dia buat kite berfikir pnjang tentang ilmu... hahaa

          ReplyDelete
        3. hehe . selamat ulang tahu blog mira . semoga succes selalu :))) bfdey blog mun lambat lagi . hehe :p

          ReplyDelete
        4. happy bufday kat blog ni . teruskan berblog ! :D

          ReplyDelete
        5. bufday blog awk sme ngan bufday sya..hehehe

          ReplyDelete
        6. happy bday SNS :)
          bbloglah secara sihat ok :)

          ReplyDelete
        7. Happy Birthday buat blog Mira :D hehe.
          Teruskan berblogging :D

          ReplyDelete
        8. hepy bufday SNS ! Wahh. dh setahun ya? Hepy blogging dear ^^

          ReplyDelete
        9. Happy birthdayyyyy SNS Story's yang ke 1 tahun .. takmau nakal-2 yek :P

          ReplyDelete
        10. epy bdayy kt belog nie :)

          ReplyDelete
        11. wah.. tahniah.. da sethn da blogging.. :)

          ReplyDelete
        12. hepyyy besdayyy dekat blog nih.. congrats.. keep it up okeyy.. :)

          ReplyDelete
        13. Selamat Ultah, semoga bertambah umur, bertambah cantik, bertambah baik, dan bertambah amal ibadahnya, juga banyak rejekinya...amiiin 100x...
          thanx you....blog yang bagus, profesional, penuh kreatifita
          terima kasih
          jangan lupa mampir kawan
          ditunggu
          http://penyuluhpi.blogspot.com/

          ReplyDelete
        14. waa slmt hari ulang tahun tuk blog ye hehe :)

          ReplyDelete
        15. hepi bfday belog comel..moga trus tulis dan terus menulis..wee~~

          ReplyDelete
        16. weeeeeeee, happy birthday dear :)

          ReplyDelete
        17. selamat ulang tahun belog.. :)

          ReplyDelete
        18. wah, slmt ulg thun..dah lama akak xmelawat =)

          ReplyDelete
        19. selamat ulang tahun sayangg~~~~ hahaha tibe tibe suara ella keluar :P hee.
          thanks mira sbb tag fiqa. walaupun fiqa duduk jauhh :(

          ReplyDelete
        20. eh eh..ulang tahun blog dia lebih kurang blog dak erempuan ni je..hihii happy belated birthday blog SNS! :D

          ReplyDelete