VIP Blog

Monday, 21 May 2012

Ulang Tahun Pertama Blog ^^

Assalamualaikum


"Happy birthday to you, happy birthday to you"

"Eh jap! bukan birhtday kau bulan 8 ke? hari ini birthday siapa?"

"Ya birthday aku bulan 8. Hari ini birthday blog aku yang pertama" 

Yeay! tepuk tangan. Hari ini blog aku genap setahun. Wah! x sangka da setahun rupanya blog aku ni, rasa macam baru semalam je aku blog, hehe. Ok hari ni aku akan cerita mengenai aku, blog ni dan apa yang terjadi selama setahun aku berblog ^^

Latar Belakang Tuan Blog :
  • Nama sebenar aku ialah Siti Nor Syamira bt Yahya. Sejak berblog ni barulah aku biasa orang panggil aku "mira" sebab didunia realiti hanya 2 orang je panggil aku dengan nama ni. Kebanyakkan kawan-kawan aku panggil aku "syamira" dan family aku panggil aku "adik"
  • Dilahirkan pada tanggal 20/8/1994, tahun ni aku berumur 18 tahun (dah tua rupanya aku ni)
  • Seorang yang simple, pendiam dan pemalu tapi sangat la gila-gila bila bersama kawan-kawan, hehe (kalau orang ramah dengan aku, aku pon automatik akan jadi peramah). 
  • Peminat filem kung fu, Harry Potter dan 3 Idiot (favourite film)
  • Minat lakonan Jet Li, Jackie Chan, Stephan Chow dan Aamir Khan
Ha setakat tu je la latar belakang aku. Bila buat ni teringat pulak masa zaman sekolah dulu kawan minta biodata, hehe. Ok cerita pasal blog pula

    Latar Belakang Blog:
    • Blog ni ditubuhkan setahun yang lepas pada tarikh 21/5/2011 ( aku buat tahun aku SPM, ish ish teruknya aku ni, hehe)
    • Mula buat blog ni sebab kawan. Thankz to wani omar sebab kenalkan aku dunia blog ni (aku buat pon setelah dipaksa, hehe).
    • Blog ni dinamakan SNS Story's sempena dengan nama aku Siti Nor Syamira. Masa aku guna nama ni dulu kawan-kawan aku fikir tu nama aku dengan pakwe aku, haha. (kelakar sungguh la, aku pakwe pon takde)
    • Awal-awal blog ni aku tak ada follower ramai macam sekarang ni *alhamdulillah*. Masa tu follower aku hanya la kawan-kawan aku je (tak pernah berangan pon ada follower ramai)
    • Lepas habis SPM baru la aku mula aktif berblog dengan rajin melakukan blog walking tapi sekarang ni aku agak malas, hehe. Thankz to kak aida tuan blog diari si froggie sebab menjadi inspirasi aku untuk blog walking ni (kak aida adalah follower aku yg ke-10)
    • Aku mula rajin blog walking bulan 1 hari tu. hmm kiranya sekarang da 5 bulan la, hee
    • Entry blog ni masa awal-awal dulu banyak mengenai bola je sebab tahun lepas aku minat sangat dengan bola tapi tahun agak kurang sedikit *sikit je* hehe. Kebanyakkan entry aku dulu pon merepek dan perli-perli orang tapi aku tak pernah tulis entry pasal gosip-gosip artis (tak percaya pergi la usha entry dulu, hehe) 
    • Dekat blog ni aku jumpa ramai kawan-kawan, kakak, abang, adik dan pak cik. Aku rasa macam sebuah keluarga blog ni. 
    • Blog saya simple tapi comel adalah contest yang pertama dianjurkan oleh aku dan kawan-kawan aku (siapa nak join silakan la tarikh tamat 27 mei ini)
      Ok itu la sedikit kisah mengenai blog aku. Serius aku cakap bila baca entry aku yang lama-lama dulu aku akan tergelak, teringat kisah tahun lepas macam mana aku masa gila bola, seorang mamat ni dan kawan-kawan aku, hehe. Ok seterusnya aku nak ucapkan terima kasih

      Terima Kasih :
      • 1st terima kasih dengan along aku yang tolong bagi pinjam laptop dan bayar broadband tiap-tiap bulan kalau tak, tak dapat la aku nak berblog ^^
      • Terima kasih dekat kawan-kawan aku yang paksa aku buat blog dulu kalau tak kerana mereka aku tak akan ada blog, hee (wani, anis & adila)
      • Terima kasih kepada mereka yang sudi follow blog aku ni sehingga aku da ada 700 follower (jasa korang akan ku kenang)
      • Terima kasih kepada mereka yang sudi borak-borak dengan aku dekat shoutbox tu. (kak fiezah & DF adalah pencetusnya diikuti dengan cex ah, abang shar, teha dan ramai lagi la kalau aku senaraikan sampai esok tak sudah, hehe)
      • Terima kasih kepada mereka yang sudi memberi komen di entry-entry aku.
      • Terima kasih kepada mereka yang senaraikan blog aku dalam bloglist mereka *terharu* (DF, kak zaza & uncle jonni. 3 orang ni je aku perasan kalau ada yang lain-lain, terima kasih ya ^^)
      • Terima kasih bagi aku hadiah doodle dan lukisan yang cantik (DF & cex ah)
      Fuhh panjangkan entry aku? ha ni ada lagi ni, hehe. Sebagai ulang tahun blog aku yang pertama aku nak promosi 2 blog ni. Blog yang pertama ialah blog All About Life

      Photobucket

      Blog ni kepunyaan kak aisya. Aku nak promosikan blog ni sebab kak aisya antara tukang komen yang paling banyak dekat blog aku sejak 4/5 bulan. Disebabkan kak aisya rajin komen blog aku, aku pon rajin la komen blog dia dan tersenarai dalam top tukang komen dekat blog dia. Kebanyakkan entrynya sangat menarik dan tidak merepek macam aku, hehe. Seorang yang gemarkan kucing dan ada kucing bernama cik teng teng. Masa aku menghilangkan diri dulu, kak aisya masih rajin blog walking ke blog aku. Thankz ye kak ^^

      Blog yang kedua ialah blog catatan abang jonni (aku panggil uncle jonni je, hehe)




      Ha ni lagi seorang top tukang komen dekat blog aku sejak 4/5 bulan yang lepas. Aku suka singgah blog uncle jonni ni sebab entry blog die ada kartun *aku kan obses dengan kartun* hehe. Semua kartun-kartun tu uncle jonni lukis sendiri, perghh memang terbaik la (teringin nak ada tangan seni macam tu, hee). Blog uncle jonni juga merupakan salah satu tempat untuk aku hilangkan tension sebab entry dia kelakar dan best. Ha ada satu perkara yang buat terharu, uncle jonni mempromosikan contest aku dekat blog dia. Thankz uncle jonni ^^

      Fuhh panjang betul, tangan aku pon da lenguh ni, hehe. Ok setakat ni je la aku menaip untuk entry ni, insyaAllah kita jumpe dientry seterusnya.

      p/s : da malam baru aku teringat hari ini blog aku ulang tahun, hee

        Sunday, 20 May 2012

        1st Contest by Akma, Wani & Mira

        Assalamualaikum.

        INI ADALAH ENTRY BERPAKU
        (untuk lihat entry terbaru sila scroll ke bawah)


        Ini adalah contest pertama yang dianjurkan oleh kami bertiga. Kami telah bergabung untuk membuat contest ni *sorang2 x mampu, hehe* 

         contest : Blog saya simple tapi comel

        Syarat-syarat
        1- warganegara Malaysia
        2- wajib follow blog, Akma, Wany & blog ini untuk mengetahui perkembangan selanjutnye
        3- klik follow di widget follow untuk follow blog ini
        4- sila klik iklan yang ada jika (kalau ikhlas ingin menderma, aku x paksa)

        Cara Untuk Sertai
        1- buat 1 entry tentang contest ni
        2- tajuk entry 1st Contest by Akma, Wani & Mira
        3- letak banner contest & linkkan ke blog ini semula
        4- Tag 2 orang rakan atau lebih.
        5- nyatakan nama id blog & fb anda (nama yang anda gunakan untuk follow blog ini & nama anda di fb)
        6-publish entry & tinggalkan link entry tersebut di ruang komen. Jika anda dari blog ini tinggalkan link di blog ini. Jika anda dari blog Akma tinggalkan link di blog Akma & jika anda dari blog Wany tinggalkan link di blog Wany.
        Jangan hantar link ketiga-tiga blog

        Cara Pemilihan
        1- 100% dari mata kasar kami bertiga
        2- Blog yang simple tapi comel dititikberatkan
        3- kemas
        4- tidak mengandungi terlampau banyak widget (lagi simple lagi ada peluang nak menang)
        5- blog tidak mengambil masa terlampau lama untuk loading
        6- kami akan memastikan anda mematuhi syarat-syarat penyertaan sebelum mngumumkan anda sebagai pemenang

        Hadiah
        Tempat Pertama
        -shawl
        -inner
        -brooch
        -lens

        Tempat Kedua
        -shawl
        -lens

        Tempat Ketiga
        -lens
        -header

        Saguhati
        5x riview blog

        Kepada yang nak silakan la & kepada yang join terima kasih banyak-banyak. Kepada blogger lelaki yang nak join silakan la tapi nanti hadiah tu nanti bagi la dekat mak, kakak, adik perempuan or makwe korang, hehe.

        p/s: Hadiah 100% peratus disponsor oleh kami sebab tu syarat-syaratnya untuk join mudah. Jika rasa contest ni x menarik x perlu la join, kami x paksa pon :)

        Tarikh tutup : 27 mei 2012
        Tarikh umum pemenang : 31 mei 2012 

        senarai peserta----------> klik sini

        Monday, 14 May 2012

        rezeki belum tiba :)

        Assalamualaikum.

        2 minggu aku menghilangkan diri akhirnya aku kembali menaip semula *buang sesawang dan habuk yang mula menebal didalam blog* Ada yang fikir aku pi PLKN tak? hehe. Sebenarnye 2 minggu aku menghilangkan ada sebab. 

        Seminggu aku balik kampung sebab moyang aku sakit dan sekarang alhamdulillah dia da sihat. Kalau da balik kampung biasalah line internet takde tapi nasib hari tu line BIS (Blackberry Internet Service) ada, bolehlah aku buka FB dan Twitter *tak bosan, hehe* Seminggu selebihnya aku takde mood sebab "Patah Hati" dan kecewa sangat. Patah Hati sebab apa? sebab ni....

         *klik gamba untuk pembesaran*

        Nampak tak apa UPU tu tulis? aku tak berjaya. Ok time tu aku rasa down sangat-sangat, aku rasa dunia aku gelap. Mana aku tak rasa gelap dunia ni Matrik dan Maktab tak dapat, lepas tu UPU pulak. Perghh memang sedih kot tapi aku kena fikir positif, mungkin rezeki aku belum sampai dan mungkin aku dapat 2nd intake. Kita tak tahu rezeki kita kan?

        Sekarang aku mengharapkan Politeknik dan rayuan UPU. Aku harap sangat ada rezeki aku dekat situ. Form six? aku dapat tapi aku tak nak. Aku rasa aku tak boleh tapi kalau dah tak dapat mana-mana nanti aku masuklah, hehe

        p/s : ramai juga yang tak dapat UPU ye? batch94 pandai sangat kot, hehe. Doakan tuan blog ni dapat sambung belajar ye :)