VIP Blog

Monday, 23 April 2012

Panggilan PLKN siri 2. . .Mustahil la!!

Assalamualaikum

Beberapa hari ni aku berada dalam keadaan x tentu arah sebab...sebab...sebab... arghhh PLKN la, aduh tension aku bila fikir hal ni. Hari selasa lepas ada abang pos laju datang rumah aku hantar surat la kan, x kan nak hantar rombongan meminang pulak, hehe. Masa tu aku hanya fikir surat tawaran U je tapi bila dapat surat tu, aduh aku rasa macam nak pengsan je, rupanya surat panggilan PLKN siri 2.

Membuatkan aku bertambah terkejut dan agak excited sedikit bila tengok lokasi kem PLKN tu...

 sila lihat lokasi yang bergarisan merah

Ha tengok dekat mana aku dapat, Sarawak tu. Jauh betul aku tercampak, hehe. Tetapi.......(ya ada tetapi) pada 31 Januari 2012 aku telah terima satu surat, surat apa? THIS! Surat Pengecualian aku daripada PLKN

tengok perkataan dalam bulatan merah

Ya surat pengecualian aku telah dilulus dan sebab tu la aku rasa macam nak pengsan bila terima surat panggilan selasa lepas. Mak aku cakap ni mesti orang ni x buat kerja dan sekarang aku x tahu status aku apa? Pergi atau Tidak. *nak kena pergi pejabat PLKN pulak, leceh sungguh*

Disini aku senaraikan sebab aku NAK PERGI & X NAK PERGI

Nak Pergi
  • Lokasi di Sarawak. Negeri yang aku x pernah pergi dan aku nak pergi sangat (siapa orang Bintulu, Sarawak? Bintulu best x? selalu dengar pasal Kuching je, hee)
  • Naik kapal terbang. Ya seumur hidup aku, aku x pernah lagi nak kapal terbang, teringin sangat nak naik, hehe
  • Tambah Kawan. Dekat sana nanti sudah tentu la kan dapat kawan baru dan mana tahu boleh bertemu jodoh, cewahh *ok sila abaikan*
  • Belajar berdikari. Aku nak belajar hidup sendiri *kalau masuk U kena hidup sendiri*


X  Nak Pergi
  • Faktor Kesihatan yang x mengizinkan. Ini adalah faktor utama aku x boleh pergi *usah ditanya penyakit aku apa? belum masanya lagi untuk diberitahu :)*
  • Reunion. Yes aku nak pergi reunion budak-budak kelas aku dulu 12 Mei ni dan aku harap dapat jumpa dia *erkk sila abaikan ini juga*
  • Pesta Buku Antarabangsa. Ha ni lah yang aku tunggu setiap tahun dan aku x nak terlepas.
  • Running Man. Siapa peminat korea tahu apa ni, serius aku x nak terlepas tengok RM. 3 bulan x tengok? aduh...
  • EURO 2012. Kalau aku pergi PLKN mesti x dapat tengok spain, ala x bestnye *sempat lagi ingat pasal bola aku ni, hehe*
  • Jauh dari keluarga. Hmm ni adalah alasan paling gedik sekali aku rasa, macam x pernah berjauhan pulak aku ni, hee.

Oh ye kalau aku pergi PLKN mesti blog aku ni akan hancur kembali dan agaknya ada x orang nak rindu kat aku? hehe. Apa pon sekarang aku tengah tunggu keputusan dan bila da dapat tahu keputusannya, aku beritahu.

p/s: Doakan aku X PERGI PLKN :)

Thursday, 19 April 2012

Alhamdulillah. .follower sudah mencecah 500

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni aku bukak blog, follower aku telah pon mencecah ke angka 500. X sangke ada follower boleh cecah ke angka tu. Aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada mereka yang sudi follow aku yang x seberapa ni, hee.


Yang dalam bulatan merah tu la follower ke 500 iaitu blog woofer storm. Memandangkan dah terlajak ke angka 501, aku promote la jugak follower yang ke 501 iaitu blog cik piqot.  Thankz sangat2, jasa semua follower blog aku sangat aku hargai :")

Doakan semoga blog ni terus maju dan berupdate, hehe. Semoga blog ni juga mendapat yang beribu follower *ceh berangan betul aku ni, hehe* apa pon aku bersyukur. 

p/s: terima kasih Allah

Saturday, 14 April 2012

Blog Berwajah Baru

Assalamualaikum.

Wah da lama aku x menaip dekat blog ni, ada la dalam 2 minggu lebih. Blog aku pon aku tengok makin JAHANAM+HANCUR, hehe. Agak-agak 2 minggu aku xde dekat blog ni, ade orang rindu x? xde! ok aku sedar siapa diriku ini untuk dirindui. Cewahh sarkastik betul ayat aku, hehe. Kalau ada yang rindu, aku minta maaf sebab aku sakit sekarang. Sakit apa? sakit M.A.L.A.S, hehe. Yup aku sangat MALAS untuk buka laptop beberapa minggu ni, hehe.

Seperti tajuk entry ni, blog aku telah pon berubah. Dulu aku pernah cakap aku nak edit blog cuma xde masa (sini) tapi sekarang aku sudah berjaya ubah blog aku 
#agak-agak ada lagi x panggil aku blogger PINKY?

blog aku dulu

blog aku sekarang

Ermm tapi aku tahu blog aku masih lagi HODOH sebab aku memang x pandai nak edit blog ni, aku edit simple je, hehe. Background blog ni aku masih kekal polka dot tu cuma warna je da bertukar dari pink ke putih. Niat asal nak cari warna kelabu tapi xde yang menarik hati *kelabu mengingatkan aku pada someone ^^*

Header pula, hmm memang simple je kan? tu hanya la header sementara, header yang sebenar x tahu bila nak siap *wani omar bila header tu nak siap? hehe* Ha kali ni header aku xde lagi KHJ tapi aku telah memindahkan KHJ ke satu ruang di blog ini. Sila lihat sebelah------>

Dalam blog ni aku telah menambah sedikit butang, iaitu butang 

Apa yang Rahsia sangat tu kena la tekan butang tu dekat sebelah, hehe. Oh ye, nampakkan burung terbang dekat blog aku ni, ha tu butang twitter aku *sila la follow bagi yang ade twitter, hee* kalau rasa burung tu menganggu korang, sila bagitahu. Biar aku TEMBAK!! burung tu bagi duduk diam, hehe. 

p/s: Penat la aku nak kene blogwalking =.="