VIP Blog

Thursday, 29 March 2012

anda ditag!!

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? harap sihat la ye. Sekarang ni aku jarang buka blog sebab berukband lembab, memang sabar je la. Ok entry kali ni aku nak jawab soalan yang orang tag kat aku #thankz cex ah 

syarat-syarat:
  • x boleh tag orang yang sama
  • pastikan orang yang ditag tahu
  • ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri
  • jawab soalan yang diberikan kepada anda
  • buat soalan untuk orang yang anda tag


11 perkara tentang diri aku
  1. adik kepada 2 orang kakak dan kakak kepada 6 orang adik *anak bongsu dari 3 beradik sebenarnya yang lain tu semua anak jiran*
  2. seorang yang simple, pendiam dan kadang-kadang agak gila-gila *ha macam mane tu? fikir sendiri, hee*
  3. sangat suka kat budak-budak *hidupku dikelilingi mereka*
  4. suka makan coklat
  5. suka tengok bola dan segala macam sukan yang ade
  6. minat k-pop *Kim Hyun Joong oppa ^^*
  7. peminat filem Harry Potter
  8. sangat fanatik terhadap kartun *gelaran dirumah adalah hantu kartun*
  9. seorang kaki novel *minat karya Siti Rosmizah dan HLOVATE*
  10. minat subjek sejarah dan matematik waktu sekolah dulu
  11. sangat benci dan geli dengan serangga bernama "LIPAS"
 Soalan yang ditanya

1. suka warna apa? 
-peminat warna merah dan hitam 

2. bakat saya ada? 
-bakat ye? errmm, xde rasenya. Menyanyi suara x sedap. Melukis x pandai, tangan kayu. Berlakon lagi la, keras macam batu, hehe 

3. pandangan saya tentang cex ah? 
-seorang yang happy go lucky dan peramah ^^ 

4. nak jumpa cex ah? 
-jumpa cex ah? x nak la, malu <---sila lempang saya, haha. Kalau boleh saya on je, set time, tahun depannya saya sampai, hehe ^^ 

5. perkara memalukan yang pernah terjadi?  
-kena denda buat kerja sekolah kat luar kelas *ramai orang tengok* 

6. cinta pandang pertama saya?  
-soalan maut ni, haha. Saya single dan x pernah alami so x tahu ^^ *akan datang* 

7. pernah mengigau?  
-x pernah mengigau, saya sangat diam bila tidur *perasan* 

8. handphone sekarang? 
-blackberry *ciplak kakak punya, hehe* 

9. nak no telefon?  
-017, ha yang lain cari sendiri :P 

10. perkara boleh buat saya ketawa? 
-Matluthfi dan Running Man *dua-dua ni terbaik* 

11. cinta bagi saya?  
-cinta banyak maksud tapi bagi saya cinta itu indah jika betul pada jalannya dan cinta itu juga boleh buat kita merana kalau kita salah jalan.

Soalan untuk mangsa tag aku
  • nama penuh apa? *nama didalam IC/surat beranak*
  • minat k-pop x? siapa *kalau ada*
  • subjek kegemaran waktu sekolah?
  • tujuan anda berblog?
  • 2 tempat yang ingin dilawati
  • barang yang paling disayangi? kenapa *cite la sikit* 
 Mangsa tag aku : kak fizah, liyana, faizah dan mereka yang baca pon join la ^^ 
 
 p/s: entry paling lama aku buat, xde idea ^^

    Thursday, 22 March 2012

    Aku & Sepanyol

    Assamamualaikum

    Wah da lama aku x buka belog *2 hari je* da lama x menaip, ada juga dalam seminggu aku x menaip sebab risau punya pasal, hehe. Tapi sekarang aku da ok da, resault pon da keluar *resault aku biasa je, x gempak macam korang :)* 

    Ok hari ni aku nak mula merepek, hehe *jangan marah ye* Aku dan Sepanyol, apa kena mengena? aku x ada kena mengena dengan raja spanyol ataupon ada darah dari sana *anak melayu tulen* Sebenarnya nak cerita yang minat atau kesukaan aku banyak terarah kepada spanyol. Antaranya
    •  Tempat yang aku nak pergi selain Makkah adalah Barcelona dan Cordoba, sepanyol *pengaruh tv*
     terpengaruh dengan cerita ni :P
    •  Kelab bola sepak luar yang aku paling minat adalah barcelona *aku layan La Liga, EPL kurang*
    • Dalam World Cup atau EURO, negara aku yang minat adalah sepanyol *minat dari kecik* -kalau Malaysia ada, aku sokong Malaysia
    • Pemain tenis kegemaran aku adalah Rafael Nadal dan dia dari sepanyol *kalau rafa vs fedex, mesti aku bergaduh dengan ayah aku sebab nak pemain kegemaran menang*
     Rafael Nadal aka Rafa :D
    • Ha aku juga tengok F1 dan pemandu F1 kegemaran aku pon datang dari sepanyol iaitu Fernando Alonso
     kalau main game F1 mesti pilih dia :P

    Itu sahaja la yang aku nak merepak, hehe. Oh ye, dekat sini x ade pemain bola sebab pemain bola kegemaran aku datang dari Argentina iatu Lionel Messi.

    p/s: sedang pening untuk mengisi UPU

    Wednesday, 14 March 2012

    alahai result SPM ~~

    Assalamualaikum.

    Ha mentang-mentang result SPM dah nak keluar, makin ramai pulak yang bercakap pasal ni. Bukak FB, TWITTER dan BLOG semua cakap pasal result SPM, lutut aku pon dah naik ketaq, haha. 

    Ok kali ni aku teringin nak merepek, hehe. Aku nak bagitau tanda-tanda result SPM nak keluar (boleh juga untuk UPSR, PMR dan STPM sebab same je keadaannye)
    • Mereka yang menunggu akan rase x tentu arah dan gelisah. Mule rase nak demam dan seangkatan dengannye. #terjadi dekat aku sekarang, rase nak demam, takut, cuak dan sebagai, huhu
    • Mule menghitung hari. #ha memang tengah menghitung hari ni. macam nak kawin pulak, haha. (1 minggu je lagi dr tarikh post)
    • Mule mengepost pasal result SPM di FB, TWITTER, BLOG dan semua laman sosial. #seperti aku ni, mengepost pasal result SPM di blog, hehe
    • Mak cik, mak cik disekeliling korang mule bertanyakan bile result SPM nak keluar dan juga bertanyakan result trial korang. #penat kot nak melayan kerenah-kerenah wartawan yang x bertauliah ni. Ha siapa yang x alami, korang sangat beruntung.
    • Mule meminta ibu bapa menyediakan hadiah (cemerlang dapat hadiah kalau x cemerlang pon dapat hadiah, hadiah penampar, haha) #aku pon macam ni jugak mase PMR dulu tapi SPM ni x berani, hehe
    • Kawan-kawan korang mule menegur korang diFB dan TWITTER. #ala ni semua trick untuk tahu result korang nanti, bile dah tahu. erm faham-faham je la ye, hehe
    Ha tu saje la tanda-tanda result nak keluar, hehe. Ape-ape pon kita dah berusaha so banyak-banyak berdoa dan bertawakal kepadaNya. Semoga kita dapat keputusan yang cemerlang, amin~

    Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani , berikanlah kami pelajar SPM 2011 batch 94 keputusan SPM 6A / 7A / 8A / 9A / 10A /11A ..mudah-mudahan kami mampu mengembirakan hati ibu bapa kami,guru2 yang mendidik kami & orang2 yang kami sayangi :)
      Amin~

     harap-harap ade la huruf ni nanti

    p/s: sila doakan kami, doa anda semua sangat berharga untuk kami :)

    Sunday, 11 March 2012

    lukisan si tangan kayu

    Assalamualaikum.

    Yeah aku menaip lagi *rajin la pulak >,< Ok strait to the point, beberapa hari lalu, ade orang suruh aku melukis. Siapakah orang tu? akan diketahui dihujung entry ni, hehe. Bayangkan aku yang tangan kayu ni melukis, fulamak! memang hancur la kan, hehe. Masa form 1 hingga form 3, seni memang subjek yang aku tunggu sebab x tension =,= Masuk form 4 dan form 5, aku dapt kelas Lukisan Kejuteraan (LK). Nama je lukisan tapi bukannye lukis gambar, lukis ni


    Tapi aku sahut juga cabaran tu. Memandangkan orang tu peminat detective conan dan aku juga, aku cari la gambar conan. Aku cube la lukis dan ini hasilnye

    gambar yang aku search di Google

    hasil seni ku >,<

    Untuk peminat detective conan, aku mintak maaf kalau aku telah merosakkan gambar conan tu, yela aku ni kan tangan kayu, huhu ~,~ Ouh ye, untuk Detective Fiqa (orang yang telah menyuruh aku melukis) ni untuk kamu

     sorry kalau x lawa :)

    Lukisan ni dah siap 2 hari tapi nak masukkan dekat dalam laptop tu lambat, scanner rosak so terpakse la tangkap gune henset *sebab tu gambar x berapa jelas

    p/s: lepas lukis gambar ni, pensil kesayangan aku telah patah dipijak, sedih kot, huhu

    Saturday, 10 March 2012

    Sahabat Katak Comel

    Assalamualaikum

    Disaat aku menaip entry ni orang lain sudah lena dibuai mimpi tapi aku masih lagi didepan laptop. Jam dah tunjuk pukul 12 malam tapi aku masih menaip. Kenapa? sebab aku ingin join segmen ni, Segmen : Sahabat Katak Comel. 

    #telah dijemput sendiri oleh tuan punye segmen =,=

    Klik sini untuk join

    Syarat-syarat :
    •  Buat entri bertajuk Sahabat Katak Comel.
    • Letakkan banner segmen yang buruk dekat atas tu dan 'link' kan kepada entri ini.
    • Tag kepada sekurang-kurangnya seorang rakan blogger anda. 
    • Dah siap, komen dekat ruangan komen ya!
    • Tarikh Tamat : 11.59 pm 11 March 2012

    Mangsa tag : 

    Tuesday, 6 March 2012

    Ketinggalan Zaman : Social Network

    Assalamualaikum.

    Buka laptop terus nak update. Ha seperti tajuk entry ni, aku memang ketinggalan zaman dalam bab-bab ni. Kalau xde orang suruh buat atau ape, memang aku xkan buat sebab aku x pandai dan lembab sikit nak faham pasal social network ni, hehe.

    Ok social network aku bermula dengan---->

    MYSPACE
    • Ya myspace, sangat la popular masa zaman aku budak sekolah rendah dulu tapi sekarang dah kurang. Masa aku sekolah rendah dulu, hampir semua membe aku ada myspace. Aku? sorry time ni aku memang x minat, aku rase buang duit, buang mase dan buang current je layan benda ni *IT kanak-kanak lagi >,< Macam mane aku nak minat, dah la kene pergi CC yang jauh dari rumah aku lepas tu kene bayar, setengah jam RM2 *RM2 ni aku pi beli jajan lagi bgos, kenyang perut, hehe. Akhirnya mase form 3 aku buat jugak, tu pon dah lambat sebab time ni orang dah layan FB. 
    • Sekarang aku x tahu la myspace aku tu wujud lagi x, dah 2 tahun x buka, haha.

    FACEBOOK
    • Aku dapat tahu pasal FB ni pon sebab along aku. Dia duduk merantau (belajar) so mesti la tahu pasal benda ni. Lepas tu angah aku pula buat. Aku tetap same, x minat. Lagi pon aku rase myspace dah ade, nak buat ape FB tu tapi makin lame, makin jarang kawan-kawan aku buka myspace. Akhirnya aku akur juga, hujung tahun 2010 aku buat FB setelah diasak oleh kawan-kawan aku dan sampai sekarang masih wujud =.= 
    • Oh ye cuma hari tu aku ade deactive FB aku selama 2 minggu sebab ada masalah tapi sekarang dah ok >,<

    TWITTER
    • Ha twitter dari tahun lepas lagi membe aku suruh aku buat tapi aku x layan sebab tahun lepas nak SPM so aku takut nanti x belajar pulak aku, hee. Aku cakap nak buat lepas SPM tapi aku x buat pon, hee. Akhirnye semalam berjaya jugak membe aku ni pujuk aku untuk buat twitter ni tapi serius, aku blur sangat100x.
    "wani tahniah la ye, kau dah berjaya pujuk aku, hehe"
    • Adakah twitter ni macam blog? menggunakan ayat "I follow U, U follow I balik" or "U follow I, I follow U" ^^,
     sila lihat pukul berapa tu. . haha

    Ha kalau nak follow aku kat twitter, kat sini  SyamiraYahya. Eh macam promote je? sambil menyelam minum air, ape salahnye (0-0) Ha nanti aku letak butang twitter dekat blog aku ni, senang sikit an, hehe.

    p/s: siapa nak aku follow twitter dan like fanpage FB, sila bagitau ye. cepat-cepat tengah rajin ni, hehe

    Friday, 2 March 2012

    Tengok kartun macam budak-budak?

    Assalamualaikum.

    "ei tengok kartun, macam budak-budak la"

    "ape kartun! x matang betol la"

    Ha itu la kata-kata yang aku dengar setiap kali aku tengok kartun. Betul ke tengok kartun tu x matang? otak x berkembang? Ok aku rase x la sebab dengan tengok kartun ni aku boleh hilangkan stress dan buat aku happy. X macam sesetengah drama yang buat aku pening kepala dan susah nak paham, hee ^^,

    Hari ni aku nak cakap tentang cerita kartun yang aku minat.  

     1-Detektif Conan 


    Ni kartun yang aku paling minat sebab aku suke tengok conan ni selesaikan kes, memang best. Kadang-kadang tu aku pon terasa macam detektif, hehe. Selain tu sebab kudo die hensem terutame dalam live action. Tahu x siapa? die pelakon dalam cerita Hana Kimi iaitu sano (name sebenar x taw). Disebabkan ketaksuban aku dengan Detektif Conan ni, hari exam pon aku boleh bantai tengok cerita ni dan tinggalkan buku. Mak aku marah pon aku buat x tahu je (lepas tu aku bace ae). Bile aku x dapat jawab exam, ayah dan mak aku akan kenekan aku macam ni

    "kalau x tahu kenapa x tanye conan time exam tu?" 

    Aduh, terkene aku. Ish kalau conan ade kat sebelah, sah-sah la aku boleh jawab semua exam, hehe

    2-Tom and Jerry


    Ha ni kartun kegemaran aku sejak aku kecik lagi. Aku suke tengok Jerry si tikus tu kenakan Tom. Ni jugak kartun kegemaran ayah aku, kalau pergi rumah sedara aku dan ada cerita ni mesti kene tunggu sampai habis barulah boleh balik. Selagi x habis, jangan haraplah boleh balik, hee. Aku suke tengok kalau ade masalah, memang hilang tension.

    3-Doraemon

     Ha ni lagi satu cerita kegemaran aku mase kecik-kecik dulu. Disebabkan doraemon ni aku selalu berangan boleh pergi mana je dengan pintu kemana-mana doraemon tu. Boleh pergi dan balik  ke mase hadapan atau zaman silam dengan mesin masa *wujud ke mesin tu? Aku dulu pernah jeles dengan nobita sebab die boleh mintak apa-apa je dengan doraemon, aku pon teringin jugak =,= Tapi tu semua masa zaman kecik-kecik la, hee.

    4-Shinchan


    Ha siapa x kenal budak 5 tahun yang comel ni. Aku suke tengok keletah die yang macam-macam perangai tu. Macam-macam dia buat, aku memang ketawa je la tengok dia ni. Tapi aku tahan bile part die miang, aduh! ade ke budak kecik macam tu? entah lah, hee.

    5-Upin & Ipin

    Ha betul, betul, betul (ikut gaya ipin) Aku mule minat pon sebab adik-adik aku selalu buka cerita ni, lepas tu terus jatu hati kat kemba due orang tu, comel pulak. Aku suke kalau dorang jadi detektif, sangat comel >,< Lagi satu, nikan kartun buatan malaysia so mestilah kene support, hehe

    Ha tu je la entry aku kali, agak panjang jugak la. Sorry kalau rase entry ni merepek, aku xtaw nak cakap pasal ape, hehe. Oh ye terima kasih Detektif Fiqa sebab telah mencetuskan aku idea untuk buat entry ni, hee

    p/s: x sangke dah 2 bulan aku tinggalkan KL ^^.