VIP Blog

Friday, 3 February 2012

Disleksia : Manusia Menakjubkan

Assalamualaikum.

Tahu x apa tu Disleksia? Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. <---- ayat wikipedia

Ok ikut kefahaman aku, Disleksia ni selalu terjadi dekat kanak-kanak. Mereka akan lihat huruf atau nombor yang mereka nampak seperti berterbangan atau menari-menari, kirenye huruf-huruf tu bergerak. Orang yang x tahu pasal hal ini akan menganggap kanak-kanak tersebut BODOH sedangkan kalau mereka ni dibimbing dengan betul mereka ni akan menjadi seorang yang GENIUS bila besar.

Aku mula minat pasal ni sejak aku tengok cerita Bicara Aur dengan Tebing lakonan rita rudaini *sekitar tahun 2007. Lepas tu minat aku nak tahu pasal Disleksia ni makin bertambah selepas aku tengok cerita arahan aamir khan, Taare Zameen Par.

Ni adalah mereka-mereka yang genius dan terkenal yang mempunyai masalah ni waktu mereka kanak-kanak

1-Albert Einstein

Seorang ahli teori fizik yang sangat terkenal pada abad ke-20 dan sampai sekarang.

2-Leonardo da Vinci

Korang kenal x siapa ni? inilah pelukis potret yang terkenal, Mona Lisa

3-Thomas Edison

Dialah yang mula-mula mencipta lampu.

4-Tom Cruise

Ok mungkin kau orang x familiar sangat dengan nama-nama sebelum ni tapi kau orang mesti tahu siapa ni :P

Ramai lagi yang terkenal ada masalah ni tapi cukup la 4 orang tu je aku tunjukkan. Kalau nak tahu lagi, klik sini. Aku dulu pernah berhasrat nak jumpe kanak-kanak macam ni dan ajar mereka ni tapi nak ajar mereka ni memerlukan kesabaran yang sangat tinggi >.<

p/s: lepas ni kalau kau orang tengok adik, sedara atau orang sekeliling kau orang ada masalah nak membaca, janganlah terus cop dia orang ni bodoh, siasat dulu mungkin dia orang ni ada Disleksia.

8 comments:

  1. Hmm , Karl Marx xde kea ? XD

    ReplyDelete
  2. adik sepupu ada sorang.. kadang2 kesian tgk dia, lambat sgt nk tangkap apa yg diajar.. huhu

    ReplyDelete
  3. aisya : yeke, erm bimbing la die, insya-Allah bole. . :)

    ReplyDelete
  4. good info...disleksia...bleh testing buat kajian ni...

    ReplyDelete