VIP Blog

Friday, 24 February 2012

Aku bukan Blogger PINKY!

Assalamualaikum.

Entry ni bukanlah aku nak marah siapa-siapa, dak aih! cume nak ucap terima kasih je. Seperti entry sebelum ni (sini), aku telah nyatakan yang aku ade masalah dengan blog ni. Ok  akhirnye aku dah dapat jawapannye. Terima kasih dekat mereka-mereka yang sudi beri pandangan tentang blog aku ni, x kira la dekat ruang komen ataupun dekat Cbox, terima kasih sangat. Jasa korang aku ku kenang *ceh bombastik betol, hee

Keputusannye adalah sekata, pink dan purple sama banyak. Kire purpink or pinkpurp gitu la, hehe. Seperti yang aku sangke, blog nampak pinky sebab background. Semalam aku cube untuk tukar tapi xde template yang menarik so aku decide untuk biarkan dulu. Bile dah jumpe yang sesuai baru aku tukar.

Disebab pertanyaan tu jugak lah ramai yang pening dan jadi buta warna macam aku, hehe.

"cik annaqia lepas ni jangan buta warna macam saye ye, nanti nak amik lesen x lepas pulak, hee"

Oh ye terima kasih kat cik hana sebab sudi cakap blog ni comel, ala malu la >,<. PANG!! (satu tamparan singgah di pipi) ha perasan la tu, orang cakap blog die comel bukan die =,=

Ha sebelum aku terlupa, terima kasih juga kepada mereka yang sudi follow blog ni sehingga follower blog ni telah mencecah ke angka 300. Terima kasih banyak-banyak, x sangke ade jugak yang sudi follow blog aku yang super best x best ni >,<


p/s: kalau lepas ni masih ade panggil aku pinky, erm redha je la -,-

Tuesday, 21 February 2012

Aku Buta Warna Ke??

Assalamualaikum.

Dah dekat seminggu aku x menaip kat blog ni gara-gara internet lembab, aduh sakit betol hati. Macam mane x lembab aku pi bantai download segala macam korea, tengok vidio tu, tengok cerita ni, hehe. Beberapa hari ni jugak aku hanya mampu blog walking je, tu pon dekat blog-blog yang laju, blog yang lambat memang x boleh *sori ye >,<

Ok aku ade masalah sikit dengan blog aku ni dan membuatkan aku pening. Masalah aku adalah apabila orang shout di Cbox aku macam ni

"Wow PINKnye blog ni"

"Jalan-jalan dekat blog PINK ni"

"Hi PINKY, singgah ye"

#lebih kurang macam tu la ayat-ayatnye
 
Ye masalah aku adalah berkaitan dengan perkataan PINK. Ya Allah, pink sangat ke blog aku ni? aku rase xde la pink sangat. Ke aku yang dah buta warna, x dapat nak bezakan warna PINK dengan PURPLE.
Bile ayat diatas tu keluar aku hanye cakap, biasalah perempuan =,=.

Erm aku rase kau orang cakap blog ni PINK mungkin sebab background kot. Ok pada awalnye aku rase tu warna PURPLE tapi bile dah lame pakai dan membe aku tegur barulah aku perasan tu warna PINK. Nak tukar aku malas jadi aku biarkan je la, hehe.

ha saje aku letak besar-besar, biar nampak dan jelas. hehe

Aku dulu pernah masuk geng ANTI PINK taw tapi tu dulu la mase zaman kanak-kanak. Sekarang ni dah boleh terima sikit, sikit je la.

Sekali lagi aku nak tanye ni, blog ni warna apa? PINK or PURPLE. Sila jawab dengan jujur dan ikhlas ye (0,0)

p/s: kalau positif pink, aku akan lancarkan pengubahsuaian blog dengan segera

Wednesday, 15 February 2012

Saksi Maut

Assalamualaikum.

Siapa tengok cerita Vanila Coklat semalam? angkat tangan. Aku sure mesti ramai yang tengok an sebab x nak terlepas tengok keSWEETan amir dan zara, betul x? tapi aku x nak tanye pasal vanila coklat sekarang, aku nak tanye siapa tengok cerita SAKSI MAUT, 10 malam dekat tv9 semalam? aku rase mesti ramai yang x tau tentang kewujudan cerita ni kalau tahu pon buat-buat x tau je.

Ala jangan risau la, aku bukan nak bagi ceramah ke ape. Aku pon 2x5 jugak kalau mrs emak x bagitau dan cerita ni xde kaitan dengan aku, aku pon x tengok *baik tengok bola >,<. Kisah semalam mengenai jiran aku so tengok la. Cerita tu setengah jam, setengah jam tu la air mata aku melelih *walaupun da tau kisah sebenar

Bayangkan la kehilangan 2 orang tersayang dalam mase setahun. Mule-mule anak kakak tu  meninggal bulan 6 tahun lepas akibat semput *masih terbayang saat ibu kakak tu ketuk pintu rumah aku sambil menangis dan akhir tahun lepas suami die pula meninggal sebab kemalangan. Sungguh berat dugaan tu. Sekarang ni kakak tu mengandung so masih ade sambungan zuriat arwah suami dan untuk die terus cekal *setiap petang lihat kakak tu termenung, erm.

ni vidio promo episod semalam


#tengok balik ulangan episod satu, mak ai sedihnye, huhu. Al-Fatihah

Ok la kite stop cerita-cerita sedih ni, air mate aku da bergenang da ni. Aku nak cerita sesuatu yang kelakar tapi x tau la bagi korang kelakar x, hee.

Seminggu sebelum pengambaran mule, cik wartawan ketuk rumah aku sebab nak tanye mane rumah kakak ni *time ni x tau lagi tu cik wartawan

Cik wartawan : adik tumpang tanye, dimana rumah Puan Rohana?
Aku : ??? <---- muke time ni memang blur gile
Cik wartawan : die baru kehilangan suami akibat kemalangan. . . bla bla bla <---- mesti cik wartawan perasan muke aku blur, panjang lebar die cerita, hehe
Aku : owh! rumah die yang hujung tu <---- baru teringat. seriusly memang aku x tahu name penuh kakak tu ape sedangkan jiran da lame, malu kot, hee

Lepas tu aku cerita dekat mrs emak dan baru la tau tu wartawan. Mrs emak pon ape lagi lancarkan shortgun la "tu la x nak bercampur...bla...bla...siapa nak tolong...bla...bla" fuhh panas. Aku bukan sengaja x nak bercampur, aku ni shy shy cat (malu-malu kucing da). Bila aku cerita kat kawan aku, die cakap nasib baik wartawan tu perempuan kalau lelaki. Kalau lelaki lagi la aku malu, x tahu nak sorok muke kat mane, dalam peti ais kot hee.

Moral of the story, ketahui la name-name jiran disekeliling anda. =,=

p/s : hidup mesti diteruskan.

Monday, 13 February 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum.

Ha ini adalah kali kedua aku join segmen dan kali pertama join segmen Encik Ben. Bile buka dashboard ramai pulak yang join, erm macam best *memang best pon, hee. Ok segmen ni tutup pukul 10 malam ni, erm tinggal lagi berape jam je ni, so cepat-cepat >,<

 klik sini untuk join

Sekarang terus kepada soalan :

Berikan satu sebab ringkas kenapa kau orang patut baca blog ni
Erm susah betol la nak jawab soalan ni. Soalan SPM pon x susah macam ni. Soalan yang sangat mencabar akal, hehe. Kenapa ye kau orang perlu bace blog ni? *ish aku ni, orang tanye soalan, aku ajukan balik. Opss, i'm sori, hee. Sebenar saya pon x taw kenapa, saya cume nak cakap blog ni biase je, xde yang special or hot macam blog-blog lain. Blog ni hanye bercerita tentang kehidupan saya dan pandangan saya terhadap perkara sekeliling =,=

Berikan satu entri menarik sebagai bukti blog ni menarik 
Ade ke entry blog ni yang menarik? erm. Ok la antara kebanyakkan entry blog ni, entry yang saya rase menarik ialah terapi merawat hati yang sedih dan entry sebelum ni ingat lagi x?

Akhirnye selesai jugak, sekian terima kasih (n_n)

p/s: jom ramai-ramai kite join segmen ni, lagi ramai lagi meriah >.<

Thursday, 9 February 2012

Ingat lagi x?

Assalamulaikum.


Ha ingat x dua orang budak ni? siapa yang suka tengok cerita kung fu cina macam aku ni mesti ingat. Seingat aku ni cerita "Shaolin Popey". Aku suka tengok sebab budak-budak ni, comel dan kelakar terutama budak yang montel tu, mesti gelak x ingat, hehe.

Semalam aku bukak FB dan ade orang post gambar mereka sekarang. ni dia
-
-
-
-
-

Baju hitam tu ensem la >.<

X sangka mereka ni da besar dan lebih tua dari aku sebenarnye, hee. Aku membesar dengan cerita-cerita ni sebab ayah aku peminat filem kung fu *aku jugak ^^, terutama cerita Jet Li, Stephen Chow dan Jackie Chan, hehe


p/s: entry hari ni agak pendek sebab xde idea sangat, hee

#mood menaip : x tentu arah (0-0,)

Tuesday, 7 February 2012

segmen 20 random question

Assalamualaikum.

Aduh ramainye tag aku untuk join contest dan segmen, pening kepala sebab x tahu nak pilih mane, huhu. By the way thankz ye kepada yang sudi tag aku ni. Ok sebagai permulaan bagi aku yang x pernah join contest/segmen *ye ni first time, aku telah memilih untuk join segmen ni, simple je. 

*Thankz kepada Bobo Dawson dan cex ah sebab tag aku untuk segmen ni >.<

 sila ke SINI untuk join

1. Apakah  nama kawan baik anda? 
 -Norsyazwani Bt Omar, Anis Shahira Bt maswydi, Ainil Hafifa Bt Habizon, Adila Najwa Bt Mohd Kamal

 *err, ramai lagi sebenarnye tapi kalau nak disenaraikan sampai esok x sudah, hehe
 
2. Di mana tempat weirdest anda mempunyai tahi lalat? 
-erk? kaki kot, hee
 
3. Siapakah guru yang paling rapat dengan kamu? 
-Mak saya walaupun mak bukan cikgu tapi dialah yang telah mendidik saya dari seorang yang zero sehingga jadi seorang yang bijak pandai berilmu >,<

4. Pernahkah anda nyanyi secara LIVE?
-Menyanyi secara LIVE? *suara macam katak puru ade hati nak menyanyi, hee. Pernah la mase tadika, mase tu suara tengah comel lagi *wekk
 
5. Apakah bahagian badan yang anda suka?
-erm entah la, x pasti tapi saya suka mata saya sebab ade bulu mata yang lentik dan kening yang teratur seperti dicukur *isi bakul angkat sendiri la pulak, hehe 
 
6. Adakah anda suka lebih tandas awan or rumah? 
-dah tentu la rumah sebab free, haha
 
7. Apakah bakat pelik yang anda ada? 
-Bakat pelik? x taw la pulak, xde kot, hee
 
8. Adakah anda mempunyai lesung pipit?
-xde tapi teringin nak ade ^-^
 
9. Apakah perisa kegemaran anda? 
 -Milo
 
10. Pernahkah anda diikat gara-gara degil?
-x pernah kena ikat tapi pernah kena kejar satu taman perumahan, hehe
 
11. Apakah perkara terakhir yang anda pernah tunaikan ? 
-duduk rumah mak cik jadi cikgu anak dia *satu pengorbanan yang agak besar, jauh dari family, huhu
 
12. Adakah anda mempunyai lesen?
-xde tapi akan datang, insya-Allah
 
13. Pernahkah anda terfikir bahawa awan tuh pejal dan boleh duduk?
-pernah sebab tengok cerita Doremon, hee
 
14. adakah anda  keras kepala? 
 -Keras kepala? ade la kadang-kadang :P
 
15.jenis  kasut yang anda suka? 
-Semua jenis kasut yang xde tumit ^^
 
17. Adakah anda pernah ke muzium? 
-Pernah-pernah *dengan bangganye. Mase darjah 4 dulu, trip sekolah, hehe
 
18. binatang paling benci?
-Binatang yang dibenci oleh umat Islam dan lipas *geli, hehe 
 
19. Adakah terdapat satu tempat anda ingin nak pergi?
-ala kenapa satu je? banyak tempat teringin nak pergi ni, hee. Teringin nak pergi Makkah (n_n)
 
20.suka belog nier?
-ermm biasa-biasa je <----- fake
-suka la, belog hang comel dan kemas, x macam belog saya ni, hancur <------ikhlas dari hati 


Mangsa tag ialah


p/s: baru permulaan >.<

Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah :)

Assalamualaikum.

Salam manis pembuka bicara, salam ukhwah untuk semua. Hari ni 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433 Hijrah adalah hari kelahiran nabi junjungan kita iatu Nabi Muhammad S.A.W.


Mak aku cakap, ikut kelendar islam hari lahir aku adalah hari ni 12 rabiulawal tapi kalau ikut kelendar masihi lambat lagi *bulan 8 nanti. Bila tengok sambutan Maulidur Rasul dekat tv, teringat pulak zaman sekolah, sambut Maulidur Rasul dengan kawan-kawan, erm rindu saat tu.



p/s: hari ni Harimau Malaya vs Bahrain, jom bagi sokongan.

Friday, 3 February 2012

Disleksia : Manusia Menakjubkan

Assalamualaikum.

Tahu x apa tu Disleksia? Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. <---- ayat wikipedia

Ok ikut kefahaman aku, Disleksia ni selalu terjadi dekat kanak-kanak. Mereka akan lihat huruf atau nombor yang mereka nampak seperti berterbangan atau menari-menari, kirenye huruf-huruf tu bergerak. Orang yang x tahu pasal hal ini akan menganggap kanak-kanak tersebut BODOH sedangkan kalau mereka ni dibimbing dengan betul mereka ni akan menjadi seorang yang GENIUS bila besar.

Aku mula minat pasal ni sejak aku tengok cerita Bicara Aur dengan Tebing lakonan rita rudaini *sekitar tahun 2007. Lepas tu minat aku nak tahu pasal Disleksia ni makin bertambah selepas aku tengok cerita arahan aamir khan, Taare Zameen Par.

Ni adalah mereka-mereka yang genius dan terkenal yang mempunyai masalah ni waktu mereka kanak-kanak

1-Albert Einstein

Seorang ahli teori fizik yang sangat terkenal pada abad ke-20 dan sampai sekarang.

2-Leonardo da Vinci

Korang kenal x siapa ni? inilah pelukis potret yang terkenal, Mona Lisa

3-Thomas Edison

Dialah yang mula-mula mencipta lampu.

4-Tom Cruise

Ok mungkin kau orang x familiar sangat dengan nama-nama sebelum ni tapi kau orang mesti tahu siapa ni :P

Ramai lagi yang terkenal ada masalah ni tapi cukup la 4 orang tu je aku tunjukkan. Kalau nak tahu lagi, klik sini. Aku dulu pernah berhasrat nak jumpe kanak-kanak macam ni dan ajar mereka ni tapi nak ajar mereka ni memerlukan kesabaran yang sangat tinggi >.<

p/s: lepas ni kalau kau orang tengok adik, sedara atau orang sekeliling kau orang ada masalah nak membaca, janganlah terus cop dia orang ni bodoh, siasat dulu mungkin dia orang ni ada Disleksia.