VIP Blog

Thursday, 15 December 2011

Terapi merawat hati yang sedang sedih

Assalamualaikum.

Walawe lame betol x bukak blog ni dan blog walking. Erm da berhabuk dan bersarang da blog aku ni lepas seminggu x bukak, hehe. Oh ye, jangan salah faham ae, aku x bukak blog seminggu xde kene mengene dengan tajuk entry aku kali ni *saya balik kampung meyh, hehe.

Berbalik pada tajuk entry ni, aku sebenarnye x la pandai sangat nak bagi tips-tips ni tapi macam ni la aku buat kalau aku tengah sedih or patah hati

Menyanyi
 Aku kalau sedih aku menyanyi sepuas-puasnya tapi aku selalu menyanyi dalam bilik je la sebab x nak mak aku dengar suara aku yang sumbang macam katak panggil hujan ni. haha. Dengan menyanyi ni hati aku akan ok sikit. Kalau korang ade bajet yang lebih, pi la karaoke kat mane-mane *karaoke jamban kat shopping mall pon ok, hee. Tapi kalau xde bajet jadi macam aku la, menyanyi sorang sorang kat dalam bilik, hee

Menangis
Da name pon tengah sedih an, mesti la rase nak nangis. Tapi aku kalau menangis aku xkan nangis terang terang sebab aku xnak mak aku tahu . Aku akan buat macam ni, aku tengok cerita sedih, dengar lagu sedih *lagu kita  dan baca novel *semestinya buat kaki novel macam aku. Bila da menangis, hati aku lebih tenang. Kalau mak tanye kenapa aku menangis, aku ade jawapan nak bagi, hehe.

satu-satunya novel yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata, huhu

Ketawa  
Dua perkara yang boleh buat aku ketawa sampai lupe semua masalah, iaitu

#Matluthfi
Ye die, aku suke tengok die buat vidio, best sangat. Bile tengok die semua masalah yang aku ade aku lupe. Aku akan ulang semua vidio die dan x rase muak pon. Kepada yang tengah sedih layan la vidio die ni, TERBAIK!



#Running Man
Ha ni game show korea, semua peserta die artis korea, memang best gile. Aku ketawa sampai sakit sakit perut la sebab lawak sangat. Cerita ni dekat channel 393 (astro), hari jumaat pukul 6.30, ulangan hari ahad malam *x ingat pukul berapa, hehe. 

love ji hyo n gary :P
Berdoa
Apa lagi yang mampu kite buat selain berdoa kepada DIA. Hanya ini mampu membuat hati aku setenang tenangnya. Aku tahu setiap kesedihan tu pasti ada sebab. Semua telah ditentukan, jodoh pertemuan, ajal maut semua die telah susun dengan sebaiknya. Aku mendoakan semua orang kat sisi aku gembira.

Terima kasih dekat kau sebab buat hati aku terluka dan menangis. 
Terima kasih dekat kau sebab berjaya buat aku patah hati buat pertama kalinya.


p/s: aduh! terjiwang sangat la plak, hehe. Hope cara ni bergune kat korang, aku hanya berkongsi, hehe.

14 comments:

  1. weyh , asal jiwang nie ? haha . sape pulak buat kau terluka tu ?

    ReplyDelete
  2. aq pon xtaw knpe aq jiwang malam ni. .hee, ko tau spe yg buat aq terluka. .

    ReplyDelete
  3. saya suka anwar hadi.. wuhhuu..hhe

    ReplyDelete
  4. novel andai itu takdirnya memang mantoppp. melelehhh. dewi pun suka tengok matlutfi jugak. kelako ta hengattt. keh keh keh XD

    ReplyDelete
  5. @49 : saya minat anwar hadi jugak, trutme vidio pasal bahasa eewww. . mmg best, hehe

    ReplyDelete
  6. @saya dewi : novel tu mmg meletop. .hee, kalo tngok matluthfi mmg gelak x ingat la. .hehe

    ReplyDelete
  7. matluthfi dan novel siti rosmizah!
    dua2 saya suka! ngehh ;D

    ReplyDelete
  8. wau, running man. hehe. siyes blh hilang stress n lupa pd masalah.

    ReplyDelete
  9. running man,matluthfi and novel andai itu takdirnya memang THE BEST :)

    ReplyDelete
  10. kalau aida tak menyanyi bila sedih.. suka layan lagu pastu berangan sambil2, lupa masalah dan sedih tu.. haha. yang lain tu serupa la kita. auwww..suara katak merdu la. lalalala~

    ReplyDelete
  11. Puteri Ketenangan^^ : btol3. .hehe

    Dyahnadea : hehe :)

    Aida Omar : hehe. . sore kata merdu ae kalo mcm 2 sore saya lg trok dr 2. .hehe, lalala

    ReplyDelete
  12. slalu klau nk mrawat hati yg sdeyh hsna akan nangis sorg2 sampai puas..haha..

    ReplyDelete
  13. fatin amalina husna : klo menangis mmg bole hilangkn kesesedihan kat hati :)

    ReplyDelete