VIP Blog

Saturday, 31 December 2011

2011 --------> 2012

Assalamulaikum.

Sebelum mula, nak tanye faham x maksud tajuk entry ni? kalau ade yang x faham, tajuk entry ni bermaksud 2011 akan bertukar ke 2012. Sekejap je mase berlalukan, kite da dihujung tahun 2011 *tinggal beberape minit je lagi, huhu. Entry kali ni aku nak imbas kembali suka duka aku untuk tahun 2011 *sape yang nak tahu teruskan membace, sape xnak tahu boleh stop membace, hee.

Suka + Gembira
*pergi sekolah jumpe kawan-kawan dan belajar same-same *2012 da x dapat lakukan lagi, huhu.
*tahun kedua satu kelas dengan dia, hehe
*dilantik jadi N. Pengerusi Kelab Pencinta Alam *pertama kali pengang jawatan penting
*satu kumpulan dengan dia di kem
*jamuan kelas dan hari graduasi *best gile
*jalan-jalan dekat Terengganu dan Kedah
*Negeri Sembilan menang Piala Malaysia 
*Malaysia menang pingat emas bola sepak Sukan SEA

Duka + Sedih
*kene marah dengan cikgu sebab x siapkan papan kenyataan kelab *sakit kot telinga kene jerit
*kene kejar dengan anjing waktu balik dari tusyen *x gune punye anjing, die ajak geng kejar aku
*tahun terakhir sekolah *sedihnye
*mase trial exam, paper LK hampir gagal *semangat terus down tapi nasib cikgu banyak tolong. 
*patah hati *sakit kot

Ha tu je la kisah suka duka aku. Ok, azam aku untuk tahun 2012 ialah
  • nak capai azam tahun 2011 yang x capai lagi
  • try to forget him *harap-harap boleh, hehe
  • nak cari kerja *bosan kot dok umah 
 semoga tahun 2012 akan jadi tahun yang mengembirakan :)

"SELAMAT TAHUN BARU 2012"

p/s: sedang belajar bahase korea dengan pak cik google, hehe

Friday, 30 December 2011

3 idiots. . I like it!!!

Assalamualaikum.


Sape tengok cite ni? put your hands up, hehe. Cite ni ade kat tv3 semalam dan kelmarin. Erm kalau dicampur ditolak, semalam dan kelmarin adalah kali ke 50 aku tengok cite ni *fuyoo! fanatik nyer. Ye aku memang fanatik dengan cite ni.

Seingat aku la, cite ni ditayangkan kat wayang hujung tahun 2009. Dapat tahu pon sebab dekat tb ade promote cite ni, aku excited sangat nak tengok time tu sebab ade pelakon hindustan yang aku minat (aamir khan) tapi aku x dapat pon tengok kat wayang sebab time tu aku sakit *sakit yang berbulan-bulan lamenye. Aku berharap sangat cite ni keluar kat tb dan akhirnya tahun lepas cite ni keluar dekat ABO (astro box office). 

Selame sebulan aku dok ulang cite  ni *sehari sampai 2 kali, hehe. Disebabkan x puas tengok aku suruh kakak aku download cite ni dan awal tahun aritu cite ni diulang lagi dekat astro fiesta. Ha sebab tu la sampai 50 kali aku tengok cite ni *rase macam lebih.


Aku jadi fanatik bukan disebabkan aamir khan je tapi banyak sebab, antarenye
  • Jalan cite ni memang best sangat. Banyak pengajaran yang aku dapat.
  • Cite ni banyak emosi. Ade ketika kite ketawa, sedih, bengang dan marah.
  • Cite ni jugak ajar aku tentang nilai persahabatan. Pengorbanan seorang kawan terhadap kawannye.
  • Mengajar aku untuk pilih ape yang kite minat bukan orang lain. Ikut kate hati bukan cakap orang.
  • Dalam mencari cinta pon ade gak, hehe. Jangan pilih orang yang mementingkan kebendaan dari kebahagiaan.
  • Cite ni jugak penyuntik minat aku untuk suke Lukisan Kejuteraan. Sememangnya dulu aku x minat LK.
Ade satu kate-kate hikmah dalam cite ni yang aku suke sangat.

"janganlah kite belajar untuk kejayaan tapi belajarlah untuk menjadi cemerlang kerana kejayaan akan mengejar kite selepas itu" 

p/s: kejar cite-cite kamu bukan cite-cite orang lain :)

Tuesday, 27 December 2011

best people!

Assalamualaikum


Nampak x kat atas tu? hee. Syukur alhamdulillah, akhirnya blog aku sudah mencapai 100 orang follower. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi follow blog ni. Sebenarnye aku menunggu angka 100 tu tapi memandangkan da terlajak 1, erm xpe la. hehe

Follower yang ke-101 ialah blog Mr. Cool dan follower yang ke-100 ialah blog comel alya.

sesiapa yang follow blog ni dan aku x follow balik, aku mintak maaf sebab ade blog yang linknye x bole bukak

p/s: korang follow blog ni, aku akan follow blog korang balik, hee

Thursday, 15 December 2011

Terapi merawat hati yang sedang sedih

Assalamualaikum.

Walawe lame betol x bukak blog ni dan blog walking. Erm da berhabuk dan bersarang da blog aku ni lepas seminggu x bukak, hehe. Oh ye, jangan salah faham ae, aku x bukak blog seminggu xde kene mengene dengan tajuk entry aku kali ni *saya balik kampung meyh, hehe.

Berbalik pada tajuk entry ni, aku sebenarnye x la pandai sangat nak bagi tips-tips ni tapi macam ni la aku buat kalau aku tengah sedih or patah hati

Menyanyi
 Aku kalau sedih aku menyanyi sepuas-puasnya tapi aku selalu menyanyi dalam bilik je la sebab x nak mak aku dengar suara aku yang sumbang macam katak panggil hujan ni. haha. Dengan menyanyi ni hati aku akan ok sikit. Kalau korang ade bajet yang lebih, pi la karaoke kat mane-mane *karaoke jamban kat shopping mall pon ok, hee. Tapi kalau xde bajet jadi macam aku la, menyanyi sorang sorang kat dalam bilik, hee

Menangis
Da name pon tengah sedih an, mesti la rase nak nangis. Tapi aku kalau menangis aku xkan nangis terang terang sebab aku xnak mak aku tahu . Aku akan buat macam ni, aku tengok cerita sedih, dengar lagu sedih *lagu kita  dan baca novel *semestinya buat kaki novel macam aku. Bila da menangis, hati aku lebih tenang. Kalau mak tanye kenapa aku menangis, aku ade jawapan nak bagi, hehe.

satu-satunya novel yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata, huhu

Ketawa  
Dua perkara yang boleh buat aku ketawa sampai lupe semua masalah, iaitu

#Matluthfi
Ye die, aku suke tengok die buat vidio, best sangat. Bile tengok die semua masalah yang aku ade aku lupe. Aku akan ulang semua vidio die dan x rase muak pon. Kepada yang tengah sedih layan la vidio die ni, TERBAIK!



#Running Man
Ha ni game show korea, semua peserta die artis korea, memang best gile. Aku ketawa sampai sakit sakit perut la sebab lawak sangat. Cerita ni dekat channel 393 (astro), hari jumaat pukul 6.30, ulangan hari ahad malam *x ingat pukul berapa, hehe. 

love ji hyo n gary :P
Berdoa
Apa lagi yang mampu kite buat selain berdoa kepada DIA. Hanya ini mampu membuat hati aku setenang tenangnya. Aku tahu setiap kesedihan tu pasti ada sebab. Semua telah ditentukan, jodoh pertemuan, ajal maut semua die telah susun dengan sebaiknya. Aku mendoakan semua orang kat sisi aku gembira.

Terima kasih dekat kau sebab buat hati aku terluka dan menangis. 
Terima kasih dekat kau sebab berjaya buat aku patah hati buat pertama kalinya.


p/s: aduh! terjiwang sangat la plak, hehe. Hope cara ni bergune kat korang, aku hanya berkongsi, hehe.