VIP Blog

Friday, 16 September 2011

Ciri-ciri Lelaki Idamanku

Assalamualaikum.

Erm kali ni entah kenape aku rase macam nak post pasal benda ni. Mungkin sebab hari ni banyak sangat kejadian yang ade berkenaan dengan lelaki idaman kot *mungkin sebab aku nampak JBM tadi, hehe. 

Ade orang yang yang suke, ciri2 lelaki idaman die yang kaya, kacak bergaya, romantik dan macam lagi la. Bagi aku kekayaan, kehenseman bukan la ukuran.

pakai kereta ni, kirim salam je la, takde maknenye.

Ok ciri2 lelaki idaman aku ialah:

1- Boleh membimbing aku.
Dalam hal ni bukan la bermakna die seorang yang warak atau kuat agama tapi cukup la die ikut semua perintah Allah. Die boleh tegur aku kalau aku buat salah dan yang penting die tak suruh aku buat jahat.

2-Tidak merokok.
Ok terus terang cakap, aku memang tak suka lelaki yang merokok sebab aku tak tahan dengan bau rokok. Bile bau automatic hidung aku keluar cecair, aku benci kalau macam tu. Lagi satu, ayah aku tak merokok jadi aku tak nak MR RIGHT aku merokok. Merokok jugak boleh bawak penyakit merbahaya *aku xnak jadi janda mude2 dek oi, simpang malaikat 44. Jadi katakan tidak pada rokok, hee.

3-Hormat orang tua
Ini penting! sape nak menantu yang kurang ajarkan, jadi cari lah pakwe yang hormat orang tua. Mesti mak hang pa suma suka dekat dia and terus confirm jadi menantu, hehe. Bile nak jumpe mak ayah pon senang, tak perlu la sampai bergaduh2.

4-Sedap mata memandang
Bagi aku rupa paras tak penting sangat, yang penting hati budi dia. Kadang2 orang tengok rupa luaran je, dalaman tak tengok *itu tak betol tu. Biarlah sedap mata memandang sebab kalau hensem sangat payah pulak, ramai yang nak rebut, x hensem pon payah jugak nanti orang kutuk, jadi sedang2 je la. Tapi jangan la sampai da dapat pakwe yang hensem, korang pi cari lain, memang rugi la dol.

kalau dapat pakwe hensem macam ni sumpah x cari lain, hehe.

5-Bukan selebriti
Dulu aku memang teringin nak lelaki idaman aku tu artis tapi bile fikir2 balik, erm x payah la nanti ramai orang jeles. Lepas tu pemain bola sepak tapi sejak pemain bola pon jadi pujaan ramai, aku cancel la hasrat aku tu. Andai kate satu hari nanti pakwe/suami aku nak main bola, aku mungkin kene fikir banyak2 kali sebab pemain bola sekarang lebih femes dari artis.

Takat tu je la ciri2 lelaki idaman aku. Sebenarnya banyak lagi tapi 5 ni yang penting *tangan da penat menaip. InsyaAllah kalau aku rajin, aku tulis lagi, hehe.

p/s: ini hanyalah pendapat aku, jangan salah anggap ye.

6 comments:

  1. nak pkwe mcm gambar kat atas nie . haha

    ReplyDelete
  2. eh x bleh. . tu pakwe dila, skandel aq. . klo nk kne mnx prsetujuan aq n dila dlu. .hehehe

    ReplyDelete
  3. haha ,tak pe la . tak nak pon . nak nichkhun je . hee

    ReplyDelete
  4. nk pkwe mke korea gak...asl x amik je pakwe mke bngla ke...pkistan ke...hehe....

    ReplyDelete
  5. sbb korea comel2 n nsem2. .hee, kang aq ltk gmba die kang, rmai plak yg jles nnt. .hehehe

    ReplyDelete