VIP Blog

Wednesday, 24 August 2011

Kau Yang Pertama

Hari ni hari pertama aku bersekolah. Keadaan kat sekolah tu sungguh asing buat diriku yang baru menjejakkan kaki ke darjah 1. Selepas bayar yuran sekolah, ayah terus pulang kerumah, meninggalkan aku keseorangan. Masihku ingat waktu itu, kawan pertamaku seorang budak perempuan india berbadan gempal. Aku mengenalinya dulu sebab dia duduk disebelah aku.

Tiba-tiba mataku terpandang ke arah satu tubuh kecil. Hatiku tertawan dengan raut wajah budak tu (kau) yang comel dan hensem (kecik2 da gatal, hee). Selepas semua ibu bapa selesai membayar yuran, cikgu mula minta memperkenalkan diri. Tiba saat untuk kau memperkenalkan diri, aku mule suke sebab aku akan tahu nama kau.


"Nama saya Irfan, rumah saya dekat2 sini je. Saye anak bongsu dan saye ade abang darjah 5 disekolah ni". Sungguh mengasyikkan suara kau.

Selepas selesai memperkenalkan diri, cikgu melantik ketua dan penolong kelas. Cikgu meminta kau menjadi ketua kelas. Tapi sayangnya hanya bertahan sebulan je sebab kau gila kuasa, hehe. Dari hari ke hari kita makin rapat, kita selalu bermain bersama, aku happy sangat.

Setahun berlalu, aku naik ke darjah 2. Tapi aku sedih sebab tahun  ni aku kene berpindah sekolah. Aku hanya datang ke sekolah tu pada hari pertama je untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan2 dan kau. Walaupun sedih tapi aku terima tu semua. Sewaktu berada disekolah baru, aku selalu bercerita tentang kau kepada kawan2 dan aku berharap aku akan dapat berjumpa dengan kau.


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. 


Hari ni aku masuk ke tingkatan 1. Sewaktu masuk ke kelas aku terpandang satu wajah yang sangat aku kenali. Ya! tak salah lagi, itu kau. Aku berasa gembira sebab dapat berjumpa dengan kau kembali. Tapi apakan daya waktu telah mengubah segalanya, kita da remaja dan masing2 malu untuk bertegur antara satu sama lain. Aku hanya mampu memandang kau dari jauh dan seolah2 kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. Setiap kali aku memandang kau, kawanku pasti perasan kelainan pandangan aku kat kau.

3 tahun kita satu kelas tapi kita jarang bertegur dan bercakap (aku seorang yang pendiam). Hari makin hari perasaan aku dekat kau hilang sebab kita jarang bercakap dan aku tak suke dengan perangai kau yang poyo tu. Pada waktu tu juga aku suke die dan perasaan tu dah beralih arah.

Ade satu malam tu mase form 3, kat sekolah ade buat solat hajat dan sambutan hari raya untuk pelajar form 3, 5 dan 6. Malam tu aku sangat terpegun melihat wajah kau yang tenang, hati aku cair melihat kau malam tu. Walaupun die ade mase tu tapi pandangan aku tetap ke arah kau. Wajah kau hensem pada malam, perasaan menyampah aku pada kau hilang pada malam tu *esoknya menyampah tu ade balik, hehe.

Masuk je form 4, makin susah untuk aku bercakap dengan kau sebab kita berlainan kelas. Perasaan aku dekat kau terus padam. Dah 5 tahun kite satu sekolah tapi kite tak pernah rapat walaupun waktu kecik dulu kita rapat. Bila bertemu kita hanya membuat hal masing2. Namun ape pon aku doakan kau bahagia.


Kau adalah orang yang pertama aku minat tapi sayang kau bukan orang yang terakhir.

p/s: ni bukan love story tapi ni kisah hidupku.

*70% cerita ni betul, 30% lagi aku reka, hehe.