VIP Blog

Friday, 1 July 2011

Untukmu, sahabatku...

Assalamualaikum.

Tadi saje je menyelak majalah mastika yang lame2 sebab kebosanan. Lepas tu terjumpe satu cerita yang menarik minat aku untuk post kat sini. Ceritanye macam ni :

Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan, tibab-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.
  Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi, terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
  Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.
  'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.
  Meraka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan badan yang letih.
  Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.
  Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian, dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan,'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.
  Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, "Selepas aku menampar mukamu, kau tulis diatas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula diatas batu. Kenapa?".
  Jawab sahabat yang bertubuh kecil,"Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia diatas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya diatas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."

Untuk sahabat2 aku, aku sayang kat korang. Aku harap persahabatan kite akan kekal sampai AKHIRAT.

lovely frenz. .



p/s: kawan biar beribu, kasih biar satu dan musuh jangan dicari. AKU SAYANG KORANG SEMUA. . =)

No comments:

Post a Comment