VIP Blog

Saturday, 16 July 2011

Malaysia vs Liverpool


Assalamualaikum.
Aku bangga sangat jadi rakyat jadi malaysia. Walaupun malaysia kalah 6-3 dengan liverpool tapi aku tetap bangga sebab malaysia kalah dengan bermaruah. Tadi tengok dekat tv ramai orang pergi stadium dan kebanyakkannye pakai baju liverpool *kan bagos kalau dorang pakai jersi malaysia. Tapi tak pe la sebab dorang masih sokong malaysia dan tak boo pemain malaysia macam sesetengah fan team epl tu.

Gol pertama dihasil oleh safiq rahim melalui tendangan percuma. Gol tu memang cantik, sampai tak tercapai oleh keeper liverpool. Gol kedua dan ketiga malaysia pulak dijaringkan oleh penyerang berbisa negara, sape lagi kalau bukan safee sali. Walaupun mase lawan taiwan hari tu die tak berapa menyerlah tapi die da berjaya tebus kembali dengan gol2 cantik die keatas liverpool. Aku suke sangat dengan gol kedua malaysia sebab gol tu hasil hantaran pemain kegemaran aku, amirulhadi. hehe

Dari keseluruhan permainan kali ni aku puas hati la tengok walaupun malaysia kalah tapi ok la berbanding dengan lawan arsenal hari tu. Aku ade sikit nak cakap kat pemain2 malaysia *macam dorang bace blog aku, hehe.

Safee sali : die pemain terbaik malaysia dan hasrat die untuk jaringkan gol mase lawan liverpool tercapai. TAHNIAH!

Amirulhadi Zainal : Memang best tengok die main tadi walaupun sekejap tapi dengan kehadiran die dan safee sali telah berjaya jaringkan gol kedua untuk malaysia.

S. Kunalan : die la pemain terpantas malaysia dan die berjaya melepasi ramai pemain2 liverpool tadi. Perghh memang best tengok die main.

Ashaari Shamsuddin : aku suke tengok muke die yang cool tu dan tadi die hampir2 nak menjaringkan gol. Takpe2 banyak lagi game lepas ni, jangan cepat putus asa.

Muslim Ahmad : die la pemain pertahanan malaysia yang paling best dan hensem, hehe. Tadi bile die keluar, benteng malaysia agak goyang. Aidil pon best tapi die cedera. =(

Safiq Rahim : die la wira malaysia pada mase pertama sebab berjaya jaringkan gol tapi mase kedua die dikeluarkan. Aku rase aku nak minat die balik la. hehe

KFCM : kenapa dengan die?? kenapa die da tak sehebat dulu?? kemana hilangnya keberanian dan ketereran die bila menjaga pintu gol malaysia. Aku harap die cepat bangkit dan sedar sebab banyak lagi game yang memerlukan die lepas ni.

Sharbinee : setakat ni die keeper best malaysia selepas kfcm. Aku harap die dapat kekalkan prestasi die.

Tu je la aku nak cakap. Aku harap malaysia akan menang vs singapura nanti. Malaysia tetap dihatiku.

p/s : tak sabar nak tengok malaysia vs chealsea, nak tengok torres. hehe

No comments:

Post a Comment