VIP Blog

Saturday, 16 July 2011

Malaysia vs Liverpool


Assalamualaikum.
Aku bangga sangat jadi rakyat jadi malaysia. Walaupun malaysia kalah 6-3 dengan liverpool tapi aku tetap bangga sebab malaysia kalah dengan bermaruah. Tadi tengok dekat tv ramai orang pergi stadium dan kebanyakkannye pakai baju liverpool *kan bagos kalau dorang pakai jersi malaysia. Tapi tak pe la sebab dorang masih sokong malaysia dan tak boo pemain malaysia macam sesetengah fan team epl tu.

Gol pertama dihasil oleh safiq rahim melalui tendangan percuma. Gol tu memang cantik, sampai tak tercapai oleh keeper liverpool. Gol kedua dan ketiga malaysia pulak dijaringkan oleh penyerang berbisa negara, sape lagi kalau bukan safee sali. Walaupun mase lawan taiwan hari tu die tak berapa menyerlah tapi die da berjaya tebus kembali dengan gol2 cantik die keatas liverpool. Aku suke sangat dengan gol kedua malaysia sebab gol tu hasil hantaran pemain kegemaran aku, amirulhadi. hehe

Dari keseluruhan permainan kali ni aku puas hati la tengok walaupun malaysia kalah tapi ok la berbanding dengan lawan arsenal hari tu. Aku ade sikit nak cakap kat pemain2 malaysia *macam dorang bace blog aku, hehe.

Safee sali : die pemain terbaik malaysia dan hasrat die untuk jaringkan gol mase lawan liverpool tercapai. TAHNIAH!

Amirulhadi Zainal : Memang best tengok die main tadi walaupun sekejap tapi dengan kehadiran die dan safee sali telah berjaya jaringkan gol kedua untuk malaysia.

S. Kunalan : die la pemain terpantas malaysia dan die berjaya melepasi ramai pemain2 liverpool tadi. Perghh memang best tengok die main.

Ashaari Shamsuddin : aku suke tengok muke die yang cool tu dan tadi die hampir2 nak menjaringkan gol. Takpe2 banyak lagi game lepas ni, jangan cepat putus asa.

Muslim Ahmad : die la pemain pertahanan malaysia yang paling best dan hensem, hehe. Tadi bile die keluar, benteng malaysia agak goyang. Aidil pon best tapi die cedera. =(

Safiq Rahim : die la wira malaysia pada mase pertama sebab berjaya jaringkan gol tapi mase kedua die dikeluarkan. Aku rase aku nak minat die balik la. hehe

KFCM : kenapa dengan die?? kenapa die da tak sehebat dulu?? kemana hilangnya keberanian dan ketereran die bila menjaga pintu gol malaysia. Aku harap die cepat bangkit dan sedar sebab banyak lagi game yang memerlukan die lepas ni.

Sharbinee : setakat ni die keeper best malaysia selepas kfcm. Aku harap die dapat kekalkan prestasi die.

Tu je la aku nak cakap. Aku harap malaysia akan menang vs singapura nanti. Malaysia tetap dihatiku.

p/s : tak sabar nak tengok malaysia vs chealsea, nak tengok torres. hehe

Ter. . atau sengaja??

Assalamualaikum.

Hari ni aku rase macam nak luahkan perasaan bengang aku kat sini. Dah lame aku pendam perasaan nie dan aku rase aku da x boleh nak simpan lagi. Kenapa buat macam tu?? terbuat or kau sengaja buat. 

Sebenarnye aku malu bile kau terlalu OVER depan orang. Aku tak pasti itu kau ter. . atau sengaja buat macam tu? kalau ter. . aku boleh maafkan mungkin kau tak perasan tapi aku rase kau macam sengaja buat untuk tarik perhatiaan orang.

Tahu tak aku malu bile kau kau JERIT dekat aku depan orang ramai. Itu kau ter. . atau sengaja buat? kalau kau ter. . aku harap lepas ni kau tak ulang lagi dan aku maafkan kau. Sengaja! kenapa kau buat macam tu? kenapa nak malukan aku depan orang ramai? aku ade buat salah ke? kalau ade ape salah aku dekat kau sampai kau nak malukan macam tu sekali *aku rase kau yang banyak buat salah dekat kami.

Aku bengang bile kau ambil hasil kerja aku dan mengaku itu kau punye. Ter. . atau sengaja?kalau ter. . tolong la minta maaf dekat aku dan aku akan maafkan kau. Kalau kau sengaja buat macam tu, aku tak tahu nak kate ape dan aku halalkan la hasil kerja aku tu.

Marah betul aku bile ade rakyat malaysia yang boo PEMAIN MALAYSIA mase malaysia lawan arsenal hari tu. Ni ter. . atau sengaja?? kalau sengaja tolong la sedar yang korang tu duduk MALAYSIA, pakai pon IC warna biru (malaysia), please la support team malaysia walaupon korang tu peminat fanatik team EPL tu.

ni baru training tapi da ramai orang datang. . =(

Kesian aku tengok pemain2 malaysia hari tu, mereka main pon tak semangat je bile tak dapat sokongan yang padu dari orang yang datang stadium tu. Semalam aku nak nangis rasenye bile dengar luahan pendapat pemain malaysia yang agak kecewa dengan penyokong2 malaysia. Tadi pon aku ade bace luahan rase kecewa coach malaysia, Datuk K. Rajagopal dekat kosmo online.

bape ramai je yang pakai baju malaysia, kebanyakkannye baju arsenal. =(

p/s: sape lagi nak sokong team kite kalau bukan kite sendiri. Nak harapkan orang luar, memang tak la. LOVE MALAYSIA, tempat TUMPAHNYA DARAHKU

Tuesday, 12 July 2011

PLKN

Assalamualaikum. .


What!! aku dapat pergi PLKN. Sumpah aku tak nak la. Semua orang kata pergi PLKN ni best tapi aku tetap tak mahu sebab aku tak nak berkawad and another else.

Bayangkan aku dapat kat sabah sarawak (jauh tu), tak nak, tak nak. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan famili, kalau masuk U takpe la, hehe. Ramai jugak kawan2 aku yg tak dapat pergi tapi nak pergi. Hey korang jom tukar tempat nak?? *macam boleh, huhu.

Aku mengharap dapat result macam ni, ermm sabar je la.
 Aku curi result ni dari kawan aku intan farah, sori ae intan aku curi result ni dari ko. . =)

Sape yang tak check lagi boleh la check dekat http://www.khidmatnegara.gov.my/

p/s: apelah nasib, pintu pagar belakang sekolah dikunci, kena la jalan kaki berbatu-batu jauhnye untuk ke jalan besar. Hari ini takpe la ade cikgu yg nak tumpang, esok luse tulat macam mana?? nak ke cikgu tumpangkan lagi.

Friday, 1 July 2011

Untukmu, sahabatku...

Assalamualaikum.

Tadi saje je menyelak majalah mastika yang lame2 sebab kebosanan. Lepas tu terjumpe satu cerita yang menarik minat aku untuk post kat sini. Ceritanye macam ni :

Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan, tibab-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.
  Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi, terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
  Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.
  'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.
  Meraka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan badan yang letih.
  Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.
  Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian, dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan,'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.
  Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, "Selepas aku menampar mukamu, kau tulis diatas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula diatas batu. Kenapa?".
  Jawab sahabat yang bertubuh kecil,"Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia diatas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya diatas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."

Untuk sahabat2 aku, aku sayang kat korang. Aku harap persahabatan kite akan kekal sampai AKHIRAT.

lovely frenz. .



p/s: kawan biar beribu, kasih biar satu dan musuh jangan dicari. AKU SAYANG KORANG SEMUA. . =)