VIP Blog

Monday, 30 May 2011

Sedih + Gembira. .

Assalamualaikum. .

  Hari aku rase sedih sangat sebab watak shukri yahaya sebagai fit dalam cite JUVANA da mati, huhu. Lepas nie da tak dapat lagi tengok muke die yang comel tu dalam cite juvana dan da xde la lagi gelak tawa die. Aku ingat lagi ayat lawak die sebelum dia mati disebabkan overdos(dadah), ayat die macam nie "aku lepas keluar dari sini aku nak jadi menteri pertahanan, aku nak askar2 aku pakai baju wane PINK pakadot". Itu la ayat kelaka die, bayangkan askar pakai baju wane pink, hahaha. Tapi sekarang nie da xde dalam cite juvana, huhu.
 Ok2, sekarang nie kite lupekan cerita2 sedih sebab aku ade berite gembira (untuk diri aku la, hee). Semalam telah berlansungnya piala liga juara2, diantara BARCELONA dan MAN. UNITED. Dalam perlawanan ni team kesukaan aku (barcelona) da menang, yahoo. Aku happy sangat2 sebab aku memang tak suke dengan team man. united. Perlawanan tu berlansung pukul 2 pagi (aku x tngok pon sebab tak berani, hee), tapi aku tengok ulangan pukul 1 petang. Aku bertambah happy sebab messi dapat gelaran penjaring terbanyak untuk pertandingan ni, die pon ade jaringkan gol semalam (gol ke-2, minit ke 53).
 Sebenarnya, hampir semua ahli keluarga aku minat barca (dulu aku fikir aku sorang je), tak sangke ayah dan pak cik2 aku pon minat barcelona gak, hee.

love u barca (love malaysia gak) :p

macam mane la aku nak lupekan messi nie. . haishh, hehe

  Barcelona da menang lawan manu, aku harap malaysia menang la lawan hong kong ari jumaat. Takut pon ade jugak sebab kfcm x main kali ini tp takut tu da hilang la sikit sebab SAFEE SALI main kali ni.

p/s: walaupun fit da xde, aku tetap setia tengok cite juvana, hee. Maju la negara tanpa dadah, ewahh. hehe

No comments:

Post a Comment