VIP Blog

Saturday, 31 December 2011

2011 --------> 2012

Assalamulaikum.

Sebelum mula, nak tanye faham x maksud tajuk entry ni? kalau ade yang x faham, tajuk entry ni bermaksud 2011 akan bertukar ke 2012. Sekejap je mase berlalukan, kite da dihujung tahun 2011 *tinggal beberape minit je lagi, huhu. Entry kali ni aku nak imbas kembali suka duka aku untuk tahun 2011 *sape yang nak tahu teruskan membace, sape xnak tahu boleh stop membace, hee.

Suka + Gembira
*pergi sekolah jumpe kawan-kawan dan belajar same-same *2012 da x dapat lakukan lagi, huhu.
*tahun kedua satu kelas dengan dia, hehe
*dilantik jadi N. Pengerusi Kelab Pencinta Alam *pertama kali pengang jawatan penting
*satu kumpulan dengan dia di kem
*jamuan kelas dan hari graduasi *best gile
*jalan-jalan dekat Terengganu dan Kedah
*Negeri Sembilan menang Piala Malaysia 
*Malaysia menang pingat emas bola sepak Sukan SEA

Duka + Sedih
*kene marah dengan cikgu sebab x siapkan papan kenyataan kelab *sakit kot telinga kene jerit
*kene kejar dengan anjing waktu balik dari tusyen *x gune punye anjing, die ajak geng kejar aku
*tahun terakhir sekolah *sedihnye
*mase trial exam, paper LK hampir gagal *semangat terus down tapi nasib cikgu banyak tolong. 
*patah hati *sakit kot

Ha tu je la kisah suka duka aku. Ok, azam aku untuk tahun 2012 ialah
  • nak capai azam tahun 2011 yang x capai lagi
  • try to forget him *harap-harap boleh, hehe
  • nak cari kerja *bosan kot dok umah 
 semoga tahun 2012 akan jadi tahun yang mengembirakan :)

"SELAMAT TAHUN BARU 2012"

p/s: sedang belajar bahase korea dengan pak cik google, hehe

Friday, 30 December 2011

3 idiots. . I like it!!!

Assalamualaikum.


Sape tengok cite ni? put your hands up, hehe. Cite ni ade kat tv3 semalam dan kelmarin. Erm kalau dicampur ditolak, semalam dan kelmarin adalah kali ke 50 aku tengok cite ni *fuyoo! fanatik nyer. Ye aku memang fanatik dengan cite ni.

Seingat aku la, cite ni ditayangkan kat wayang hujung tahun 2009. Dapat tahu pon sebab dekat tb ade promote cite ni, aku excited sangat nak tengok time tu sebab ade pelakon hindustan yang aku minat (aamir khan) tapi aku x dapat pon tengok kat wayang sebab time tu aku sakit *sakit yang berbulan-bulan lamenye. Aku berharap sangat cite ni keluar kat tb dan akhirnya tahun lepas cite ni keluar dekat ABO (astro box office). 

Selame sebulan aku dok ulang cite  ni *sehari sampai 2 kali, hehe. Disebabkan x puas tengok aku suruh kakak aku download cite ni dan awal tahun aritu cite ni diulang lagi dekat astro fiesta. Ha sebab tu la sampai 50 kali aku tengok cite ni *rase macam lebih.


Aku jadi fanatik bukan disebabkan aamir khan je tapi banyak sebab, antarenye
  • Jalan cite ni memang best sangat. Banyak pengajaran yang aku dapat.
  • Cite ni banyak emosi. Ade ketika kite ketawa, sedih, bengang dan marah.
  • Cite ni jugak ajar aku tentang nilai persahabatan. Pengorbanan seorang kawan terhadap kawannye.
  • Mengajar aku untuk pilih ape yang kite minat bukan orang lain. Ikut kate hati bukan cakap orang.
  • Dalam mencari cinta pon ade gak, hehe. Jangan pilih orang yang mementingkan kebendaan dari kebahagiaan.
  • Cite ni jugak penyuntik minat aku untuk suke Lukisan Kejuteraan. Sememangnya dulu aku x minat LK.
Ade satu kate-kate hikmah dalam cite ni yang aku suke sangat.

"janganlah kite belajar untuk kejayaan tapi belajarlah untuk menjadi cemerlang kerana kejayaan akan mengejar kite selepas itu" 

p/s: kejar cite-cite kamu bukan cite-cite orang lain :)

Tuesday, 27 December 2011

best people!

Assalamualaikum


Nampak x kat atas tu? hee. Syukur alhamdulillah, akhirnya blog aku sudah mencapai 100 orang follower. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi follow blog ni. Sebenarnye aku menunggu angka 100 tu tapi memandangkan da terlajak 1, erm xpe la. hehe

Follower yang ke-101 ialah blog Mr. Cool dan follower yang ke-100 ialah blog comel alya.

sesiapa yang follow blog ni dan aku x follow balik, aku mintak maaf sebab ade blog yang linknye x bole bukak

p/s: korang follow blog ni, aku akan follow blog korang balik, hee

Thursday, 15 December 2011

Terapi merawat hati yang sedang sedih

Assalamualaikum.

Walawe lame betol x bukak blog ni dan blog walking. Erm da berhabuk dan bersarang da blog aku ni lepas seminggu x bukak, hehe. Oh ye, jangan salah faham ae, aku x bukak blog seminggu xde kene mengene dengan tajuk entry aku kali ni *saya balik kampung meyh, hehe.

Berbalik pada tajuk entry ni, aku sebenarnye x la pandai sangat nak bagi tips-tips ni tapi macam ni la aku buat kalau aku tengah sedih or patah hati

Menyanyi
 Aku kalau sedih aku menyanyi sepuas-puasnya tapi aku selalu menyanyi dalam bilik je la sebab x nak mak aku dengar suara aku yang sumbang macam katak panggil hujan ni. haha. Dengan menyanyi ni hati aku akan ok sikit. Kalau korang ade bajet yang lebih, pi la karaoke kat mane-mane *karaoke jamban kat shopping mall pon ok, hee. Tapi kalau xde bajet jadi macam aku la, menyanyi sorang sorang kat dalam bilik, hee

Menangis
Da name pon tengah sedih an, mesti la rase nak nangis. Tapi aku kalau menangis aku xkan nangis terang terang sebab aku xnak mak aku tahu . Aku akan buat macam ni, aku tengok cerita sedih, dengar lagu sedih *lagu kita  dan baca novel *semestinya buat kaki novel macam aku. Bila da menangis, hati aku lebih tenang. Kalau mak tanye kenapa aku menangis, aku ade jawapan nak bagi, hehe.

satu-satunya novel yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata, huhu

Ketawa  
Dua perkara yang boleh buat aku ketawa sampai lupe semua masalah, iaitu

#Matluthfi
Ye die, aku suke tengok die buat vidio, best sangat. Bile tengok die semua masalah yang aku ade aku lupe. Aku akan ulang semua vidio die dan x rase muak pon. Kepada yang tengah sedih layan la vidio die ni, TERBAIK!



#Running Man
Ha ni game show korea, semua peserta die artis korea, memang best gile. Aku ketawa sampai sakit sakit perut la sebab lawak sangat. Cerita ni dekat channel 393 (astro), hari jumaat pukul 6.30, ulangan hari ahad malam *x ingat pukul berapa, hehe. 

love ji hyo n gary :P
Berdoa
Apa lagi yang mampu kite buat selain berdoa kepada DIA. Hanya ini mampu membuat hati aku setenang tenangnya. Aku tahu setiap kesedihan tu pasti ada sebab. Semua telah ditentukan, jodoh pertemuan, ajal maut semua die telah susun dengan sebaiknya. Aku mendoakan semua orang kat sisi aku gembira.

Terima kasih dekat kau sebab buat hati aku terluka dan menangis. 
Terima kasih dekat kau sebab berjaya buat aku patah hati buat pertama kalinya.


p/s: aduh! terjiwang sangat la plak, hehe. Hope cara ni bergune kat korang, aku hanya berkongsi, hehe.

Wednesday, 30 November 2011

Bintang baru bola sepak Malaysia

Assalamualaikum. . :)

Ape khabar semua? arap sihat la ye, hehe. Siapa bintang baru tu? ala xkan x tau kot, Nazmi Faiz! sape x kenal die ni, sekarang ni tengah meletop-letop kat pasaran *ceh wah, haha. Kalau ade yang x kenal, tu maknenya hangpa x layan bola Malaysia la, hee.

Aku minat die mase piala VFF kat Vietnam aritu. Mase tu die x femes lagi. Tapi tu dulu la sekarang da x da. Sejak Sukan SEA aritu name die teros melonjak naik so aku pon malas la nak minat die *pergi mane2 ade je orang sebut name die. Dulu mase die x femes lagi, cari pasal die, bape kerat je, sekarang ni pi google search pasal die, mesti banyak cite pasal die.

Untuk peminat Nazmi Faiz, ni biodata die:
Nama: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh lahir:  16/8/1994 (17 tahun)
Asal: Kuala Lumpur
Posisi: Midfielder
No. Jersi: 21 atau 12

Mule-mule dulu x sangke die ni baru 17 tahun. No. jersi plak aku lebih suke die pakai no 12 sebab no 21 tu biarlah untuk amirul hadi je, hehe. Aku tahu mesti ramai awok-awok kat luar sane jeles dengan die ni sebab ramai awek dok sebut nama die, hehe. 

Jangan risau aku ade berite gembira untuk korang semua, semalam mase tengah tunggu untuk kimia paper 2 kawan aku ade cakap yang die da pon ade kekasih *menangis la awek-awek kat luar sane, x termasuk aku ye, hehe. Kalau x caye korang pi blog wani dan tengok sendiri.


p/s: dalam skuad olimpik aku minat wan zaharul nizam :P. sekarang tengah tunggu nazmi faiz approve aku di FB, hee.

Sunday, 27 November 2011

Playful Kiss

Assalamualaikum.

Drama korea yang sangat best, romantik dan kelaka. Erm da hampir 2 bulan aku tangguhkan untuk tengok cerita sebab exam punye pasal la. Walaupun exam belom habis lagi tapi aku curi-curi  gak tengok cite ni sebab x bole tahan la, rindu sangat nak tengok cite ni *mak tau, mampos aku kene marah, hehe

Ape yang best sangat cite ni? bahase pon bukannye faham. Ok2, da name pon drama korea, memang la x faham bahase dorang. Yang best tentang cerita ni, mesti la sebab ade pakwe aku KIM HYUN JOONG as a main actor, hehe. X abis-abis dengan KHJ. Ala nak buat macam mane, skang ni tengah gile kat die, hee.

Kalau nak tau cerita ni best ke x? korang try tengok sendiri, mesti korang akan jatuh hati macam aku jugak tapi kalau x, x dapek den nak menolong eh.


Kim Hyun Joong as Baek Seung Jo
Jung So Min as Oh Ha Ni


Psst! nak taw x? first-first aku tengok heroin die, Jung So Min x cantik tapi lame-kelamaan cantik la pulak, comel, hehe. Dalam cite ni, hyun joong agak sombong x macam dalam cerita BOF tapi ape pon aku tetap suke kat die, hehe.

p/s: tengok cerita ni melalui drama online.

Friday, 18 November 2011

Exam Mood. . :)

Assalamualaikum.

Dah seminggu berada dalam mood SPM. Awal2 aritu takut sangat sampai x boleh tido la dibuatnye tapi sekarang da ok da, hee. Kali ni x boleh cerita banyak sebab nak kena belajar lepas ni *yela tu, hehe. 

Kepada yang tengah SPM good luck ae. Untuk kawan2ku minggu untuk kertas yang mencabar akan bermula so good luck ye korang, do the best dan semoga kite dapat buat cikgu2 kite bangge dengan kite. 

Paper lepas ni ialah agame, add math, fizik, kimia dan my favaourite paper, LUKISAN KEJUTERAAN.

SPM: 14/11/2011 - 6/12/2011


mampukah aku untuk dapat huruf ini? InsyaAllah :)

p/s: doakan kejayaan kami.

Friday, 16 September 2011

Ciri-ciri Lelaki Idamanku

Assalamualaikum.

Erm kali ni entah kenape aku rase macam nak post pasal benda ni. Mungkin sebab hari ni banyak sangat kejadian yang ade berkenaan dengan lelaki idaman kot *mungkin sebab aku nampak JBM tadi, hehe. 

Ade orang yang yang suke, ciri2 lelaki idaman die yang kaya, kacak bergaya, romantik dan macam lagi la. Bagi aku kekayaan, kehenseman bukan la ukuran.

pakai kereta ni, kirim salam je la, takde maknenye.

Ok ciri2 lelaki idaman aku ialah:

1- Boleh membimbing aku.
Dalam hal ni bukan la bermakna die seorang yang warak atau kuat agama tapi cukup la die ikut semua perintah Allah. Die boleh tegur aku kalau aku buat salah dan yang penting die tak suruh aku buat jahat.

2-Tidak merokok.
Ok terus terang cakap, aku memang tak suka lelaki yang merokok sebab aku tak tahan dengan bau rokok. Bile bau automatic hidung aku keluar cecair, aku benci kalau macam tu. Lagi satu, ayah aku tak merokok jadi aku tak nak MR RIGHT aku merokok. Merokok jugak boleh bawak penyakit merbahaya *aku xnak jadi janda mude2 dek oi, simpang malaikat 44. Jadi katakan tidak pada rokok, hee.

3-Hormat orang tua
Ini penting! sape nak menantu yang kurang ajarkan, jadi cari lah pakwe yang hormat orang tua. Mesti mak hang pa suma suka dekat dia and terus confirm jadi menantu, hehe. Bile nak jumpe mak ayah pon senang, tak perlu la sampai bergaduh2.

4-Sedap mata memandang
Bagi aku rupa paras tak penting sangat, yang penting hati budi dia. Kadang2 orang tengok rupa luaran je, dalaman tak tengok *itu tak betol tu. Biarlah sedap mata memandang sebab kalau hensem sangat payah pulak, ramai yang nak rebut, x hensem pon payah jugak nanti orang kutuk, jadi sedang2 je la. Tapi jangan la sampai da dapat pakwe yang hensem, korang pi cari lain, memang rugi la dol.

kalau dapat pakwe hensem macam ni sumpah x cari lain, hehe.

5-Bukan selebriti
Dulu aku memang teringin nak lelaki idaman aku tu artis tapi bile fikir2 balik, erm x payah la nanti ramai orang jeles. Lepas tu pemain bola sepak tapi sejak pemain bola pon jadi pujaan ramai, aku cancel la hasrat aku tu. Andai kate satu hari nanti pakwe/suami aku nak main bola, aku mungkin kene fikir banyak2 kali sebab pemain bola sekarang lebih femes dari artis.

Takat tu je la ciri2 lelaki idaman aku. Sebenarnya banyak lagi tapi 5 ni yang penting *tangan da penat menaip. InsyaAllah kalau aku rajin, aku tulis lagi, hehe.

p/s: ini hanyalah pendapat aku, jangan salah anggap ye.

Friday, 9 September 2011

Boy Over Flowers. . love it!!

Assalamualaikum. .

Uish da lama rasenye x update blog, gile rindu!!. Hari ni aku nak cite pasal cite Boy Over Flowers, bg peminat cite korea mesti korang taw cite ni an. Aku rase aku dah ketinggalan jauh pasal cite ni. Yela cite ni da lame kot, aku baru nak tengok, hehe.



Sebelum ni aku just denga je kawan2 aku cite pasal cerita ni, aku try cari n nak tengok tp x jumpe2. Kawan aku siap bagi web tp x boleh bukak. Nak beli CD? memang x ar, mahal kot. Adila cakap CD ni ade la dalam RM100 *gile mahal, boleh beli baju+seluar diesel kot.

Tp akhirnye aku dapat gak tengok cite ni, ade ulangan kat 8TV, hari isnin-khamis 5 petang. Aku baru tengok sikit, seriously cite ni best n pelakon lelaki die pon hensem2, hehe. Hari selasa lepas kebetulan along aku x keje, jadi aku tengok la cite ni gan die. Lepas tu along aku cakap die da tengok cite ni sebab die ade CD cite ni, lol! *Aku da lame cari CD ni rupe2nye ade depan mate, huhu.

Dalam cite ni aku minat Kim Hyun Joong. Die cool gile n paling rilex skali antara kawan2 die. Die pon hensem dan ade ala2 Amirul Hadi sikit *rambut depa same.

Kim Hyun Joong, hensemkan <3

selama ni aku fikir gamba ni gambar jiro wang. .hehe


p/s: minggu ni, minggu depan dan minggu depannya busy sangat gan TRIAL SPM. Oh Tidak!! SPM da nak dekat. Wish me luck (n_n)

Wednesday, 24 August 2011

Kau Yang Pertama

Hari ni hari pertama aku bersekolah. Keadaan kat sekolah tu sungguh asing buat diriku yang baru menjejakkan kaki ke darjah 1. Selepas bayar yuran sekolah, ayah terus pulang kerumah, meninggalkan aku keseorangan. Masihku ingat waktu itu, kawan pertamaku seorang budak perempuan india berbadan gempal. Aku mengenalinya dulu sebab dia duduk disebelah aku.

Tiba-tiba mataku terpandang ke arah satu tubuh kecil. Hatiku tertawan dengan raut wajah budak tu (kau) yang comel dan hensem (kecik2 da gatal, hee). Selepas semua ibu bapa selesai membayar yuran, cikgu mula minta memperkenalkan diri. Tiba saat untuk kau memperkenalkan diri, aku mule suke sebab aku akan tahu nama kau.


"Nama saya Irfan, rumah saya dekat2 sini je. Saye anak bongsu dan saye ade abang darjah 5 disekolah ni". Sungguh mengasyikkan suara kau.

Selepas selesai memperkenalkan diri, cikgu melantik ketua dan penolong kelas. Cikgu meminta kau menjadi ketua kelas. Tapi sayangnya hanya bertahan sebulan je sebab kau gila kuasa, hehe. Dari hari ke hari kita makin rapat, kita selalu bermain bersama, aku happy sangat.

Setahun berlalu, aku naik ke darjah 2. Tapi aku sedih sebab tahun  ni aku kene berpindah sekolah. Aku hanya datang ke sekolah tu pada hari pertama je untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan2 dan kau. Walaupun sedih tapi aku terima tu semua. Sewaktu berada disekolah baru, aku selalu bercerita tentang kau kepada kawan2 dan aku berharap aku akan dapat berjumpa dengan kau.


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. 


Hari ni aku masuk ke tingkatan 1. Sewaktu masuk ke kelas aku terpandang satu wajah yang sangat aku kenali. Ya! tak salah lagi, itu kau. Aku berasa gembira sebab dapat berjumpa dengan kau kembali. Tapi apakan daya waktu telah mengubah segalanya, kita da remaja dan masing2 malu untuk bertegur antara satu sama lain. Aku hanya mampu memandang kau dari jauh dan seolah2 kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. Setiap kali aku memandang kau, kawanku pasti perasan kelainan pandangan aku kat kau.

3 tahun kita satu kelas tapi kita jarang bertegur dan bercakap (aku seorang yang pendiam). Hari makin hari perasaan aku dekat kau hilang sebab kita jarang bercakap dan aku tak suke dengan perangai kau yang poyo tu. Pada waktu tu juga aku suke die dan perasaan tu dah beralih arah.

Ade satu malam tu mase form 3, kat sekolah ade buat solat hajat dan sambutan hari raya untuk pelajar form 3, 5 dan 6. Malam tu aku sangat terpegun melihat wajah kau yang tenang, hati aku cair melihat kau malam tu. Walaupun die ade mase tu tapi pandangan aku tetap ke arah kau. Wajah kau hensem pada malam, perasaan menyampah aku pada kau hilang pada malam tu *esoknya menyampah tu ade balik, hehe.

Masuk je form 4, makin susah untuk aku bercakap dengan kau sebab kita berlainan kelas. Perasaan aku dekat kau terus padam. Dah 5 tahun kite satu sekolah tapi kite tak pernah rapat walaupun waktu kecik dulu kita rapat. Bila bertemu kita hanya membuat hal masing2. Namun ape pon aku doakan kau bahagia.


Kau adalah orang yang pertama aku minat tapi sayang kau bukan orang yang terakhir.

p/s: ni bukan love story tapi ni kisah hidupku.

*70% cerita ni betul, 30% lagi aku reka, hehe.

Saturday, 16 July 2011

Malaysia vs Liverpool


Assalamualaikum.
Aku bangga sangat jadi rakyat jadi malaysia. Walaupun malaysia kalah 6-3 dengan liverpool tapi aku tetap bangga sebab malaysia kalah dengan bermaruah. Tadi tengok dekat tv ramai orang pergi stadium dan kebanyakkannye pakai baju liverpool *kan bagos kalau dorang pakai jersi malaysia. Tapi tak pe la sebab dorang masih sokong malaysia dan tak boo pemain malaysia macam sesetengah fan team epl tu.

Gol pertama dihasil oleh safiq rahim melalui tendangan percuma. Gol tu memang cantik, sampai tak tercapai oleh keeper liverpool. Gol kedua dan ketiga malaysia pulak dijaringkan oleh penyerang berbisa negara, sape lagi kalau bukan safee sali. Walaupun mase lawan taiwan hari tu die tak berapa menyerlah tapi die da berjaya tebus kembali dengan gol2 cantik die keatas liverpool. Aku suke sangat dengan gol kedua malaysia sebab gol tu hasil hantaran pemain kegemaran aku, amirulhadi. hehe

Dari keseluruhan permainan kali ni aku puas hati la tengok walaupun malaysia kalah tapi ok la berbanding dengan lawan arsenal hari tu. Aku ade sikit nak cakap kat pemain2 malaysia *macam dorang bace blog aku, hehe.

Safee sali : die pemain terbaik malaysia dan hasrat die untuk jaringkan gol mase lawan liverpool tercapai. TAHNIAH!

Amirulhadi Zainal : Memang best tengok die main tadi walaupun sekejap tapi dengan kehadiran die dan safee sali telah berjaya jaringkan gol kedua untuk malaysia.

S. Kunalan : die la pemain terpantas malaysia dan die berjaya melepasi ramai pemain2 liverpool tadi. Perghh memang best tengok die main.

Ashaari Shamsuddin : aku suke tengok muke die yang cool tu dan tadi die hampir2 nak menjaringkan gol. Takpe2 banyak lagi game lepas ni, jangan cepat putus asa.

Muslim Ahmad : die la pemain pertahanan malaysia yang paling best dan hensem, hehe. Tadi bile die keluar, benteng malaysia agak goyang. Aidil pon best tapi die cedera. =(

Safiq Rahim : die la wira malaysia pada mase pertama sebab berjaya jaringkan gol tapi mase kedua die dikeluarkan. Aku rase aku nak minat die balik la. hehe

KFCM : kenapa dengan die?? kenapa die da tak sehebat dulu?? kemana hilangnya keberanian dan ketereran die bila menjaga pintu gol malaysia. Aku harap die cepat bangkit dan sedar sebab banyak lagi game yang memerlukan die lepas ni.

Sharbinee : setakat ni die keeper best malaysia selepas kfcm. Aku harap die dapat kekalkan prestasi die.

Tu je la aku nak cakap. Aku harap malaysia akan menang vs singapura nanti. Malaysia tetap dihatiku.

p/s : tak sabar nak tengok malaysia vs chealsea, nak tengok torres. hehe

Ter. . atau sengaja??

Assalamualaikum.

Hari ni aku rase macam nak luahkan perasaan bengang aku kat sini. Dah lame aku pendam perasaan nie dan aku rase aku da x boleh nak simpan lagi. Kenapa buat macam tu?? terbuat or kau sengaja buat. 

Sebenarnye aku malu bile kau terlalu OVER depan orang. Aku tak pasti itu kau ter. . atau sengaja buat macam tu? kalau ter. . aku boleh maafkan mungkin kau tak perasan tapi aku rase kau macam sengaja buat untuk tarik perhatiaan orang.

Tahu tak aku malu bile kau kau JERIT dekat aku depan orang ramai. Itu kau ter. . atau sengaja buat? kalau kau ter. . aku harap lepas ni kau tak ulang lagi dan aku maafkan kau. Sengaja! kenapa kau buat macam tu? kenapa nak malukan aku depan orang ramai? aku ade buat salah ke? kalau ade ape salah aku dekat kau sampai kau nak malukan macam tu sekali *aku rase kau yang banyak buat salah dekat kami.

Aku bengang bile kau ambil hasil kerja aku dan mengaku itu kau punye. Ter. . atau sengaja?kalau ter. . tolong la minta maaf dekat aku dan aku akan maafkan kau. Kalau kau sengaja buat macam tu, aku tak tahu nak kate ape dan aku halalkan la hasil kerja aku tu.

Marah betul aku bile ade rakyat malaysia yang boo PEMAIN MALAYSIA mase malaysia lawan arsenal hari tu. Ni ter. . atau sengaja?? kalau sengaja tolong la sedar yang korang tu duduk MALAYSIA, pakai pon IC warna biru (malaysia), please la support team malaysia walaupon korang tu peminat fanatik team EPL tu.

ni baru training tapi da ramai orang datang. . =(

Kesian aku tengok pemain2 malaysia hari tu, mereka main pon tak semangat je bile tak dapat sokongan yang padu dari orang yang datang stadium tu. Semalam aku nak nangis rasenye bile dengar luahan pendapat pemain malaysia yang agak kecewa dengan penyokong2 malaysia. Tadi pon aku ade bace luahan rase kecewa coach malaysia, Datuk K. Rajagopal dekat kosmo online.

bape ramai je yang pakai baju malaysia, kebanyakkannye baju arsenal. =(

p/s: sape lagi nak sokong team kite kalau bukan kite sendiri. Nak harapkan orang luar, memang tak la. LOVE MALAYSIA, tempat TUMPAHNYA DARAHKU

Tuesday, 12 July 2011

PLKN

Assalamualaikum. .


What!! aku dapat pergi PLKN. Sumpah aku tak nak la. Semua orang kata pergi PLKN ni best tapi aku tetap tak mahu sebab aku tak nak berkawad and another else.

Bayangkan aku dapat kat sabah sarawak (jauh tu), tak nak, tak nak. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan famili, kalau masuk U takpe la, hehe. Ramai jugak kawan2 aku yg tak dapat pergi tapi nak pergi. Hey korang jom tukar tempat nak?? *macam boleh, huhu.

Aku mengharap dapat result macam ni, ermm sabar je la.
 Aku curi result ni dari kawan aku intan farah, sori ae intan aku curi result ni dari ko. . =)

Sape yang tak check lagi boleh la check dekat http://www.khidmatnegara.gov.my/

p/s: apelah nasib, pintu pagar belakang sekolah dikunci, kena la jalan kaki berbatu-batu jauhnye untuk ke jalan besar. Hari ini takpe la ade cikgu yg nak tumpang, esok luse tulat macam mana?? nak ke cikgu tumpangkan lagi.

Friday, 1 July 2011

Untukmu, sahabatku...

Assalamualaikum.

Tadi saje je menyelak majalah mastika yang lame2 sebab kebosanan. Lepas tu terjumpe satu cerita yang menarik minat aku untuk post kat sini. Ceritanye macam ni :

Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan, tibab-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.
  Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi, terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
  Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.
  'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.
  Meraka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan badan yang letih.
  Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.
  Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian, dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan,'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.
  Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, "Selepas aku menampar mukamu, kau tulis diatas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula diatas batu. Kenapa?".
  Jawab sahabat yang bertubuh kecil,"Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia diatas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya diatas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."

Untuk sahabat2 aku, aku sayang kat korang. Aku harap persahabatan kite akan kekal sampai AKHIRAT.

lovely frenz. .



p/s: kawan biar beribu, kasih biar satu dan musuh jangan dicari. AKU SAYANG KORANG SEMUA. . =)

Saturday, 25 June 2011

i proud with U. . .

Assalamualaikum.

Suda lame rasenye x post kat blog nie. Hari ini aku nak cakap pasal kemenangan MALAYSIA vs LUBNAN hari khamis hari tu. Mase main dekat lubnan, malaysia seri 0-0 tapi mase lawan dekat stadium bukit jalil (SBJ), Malaysia menang 2-1 keatas lubnan.

Malaysia berjaya jaringkan gol pada minit 8, hasil jaringan irfan fazail. Mase gol ni same dengan gol pertama malaysia masa lawan pakistan bulan 3 hari tu *btol ke?? x brape pasti. .hee, gol tu hasil jaringan wan zaharul nizam. Mase malaysia lawan pakistan hari tu pon irfan ade jaringkan gol, gol kedua malaysia yg membolehkan malaysia menang 2-0 keatas pakistan.

wan zaharul nizam, gambar ni mase die jaringakan gol untuk malaysia, gol die memang cantik+laju. I LIKE. .!! :P

Gol kedua malaysia pulak dijaringkan oleh wan zack haikal. Gol die memang cantik dan x dapat dijangka. Dia jaringkan gol nie berape minit je lagi mase pertama tamat. Masuk mase kedua malaysia mula hilang arah sebab sorang pemain malaysia dapat kad merah dan terpaksa la malaysia main dengan 10 orang pemain. Disebabkan permainan malaysia kucar-kacir, lubnan dapat jaringkan gol. Mase tu memang sedihlah tengok malaysia main, pengulas sukan pon ade cakap yang mase kedua malaysia x bermain pon, hanye bertahan.

Dalam mase tu jugak ade player malaysia bergaduh dengan player lubnan. Antara muslim, wan zack dan haidar (player lubnan) *ganas jugak player malaysia ni ae ,hehe. tp dorang xde la gaduh sampai bertumbuk2, just tolak menolak je. Dalam pergaduhan tu wan zack dan kapten lubnan dapat kad kuning. Dalam hal ni, kawan aku (wani), x puas hati sebab wan zack sorang je kena kad, muslim x kena sebab muslim yang mulakan pergaduhan tu, bagi aku biarlah wan zack je yang kena kalau muslim pon kena habislah pertahanan malaysia.


irfan (ditarik) selepas berjaya jaringakan gol, wan zack (jersi 16). 

muslim berjersi 24, gambar ni mase malaysia lawan MU (2009). 

Yang membuatkan aku bertambah bangge lagi, malaysia adalah satu2nye wakil asia tenggara. Malaysia berjaya selepas 31 tahun taw. Untuk pengetahuan korang, dulu malaysia adalah antara pasukan terkuat di asia, seiring la dengan pasukan gergasi asia lain seperti korea, jepun. Dulu malaysia hebat pon sebab ade pemain2 yang hebat seperti allahyarham mokhtar dahari (super mok), die sorang pemain yang sangat hebat dan digeruni oleh musuh malaysia. Tapi tu semua dulu, sekarang aku berharap sangat kejayaan ini akan berterusan dan malaysia kembali menjadi pasukan yang digeruni. AMIN. .

skuad olimpik malaysia

p/s: sedih la bile tengok player lubnan nangis, hati ini tersentuh (ayat jiwang beb, hehe) tapi bile pasukan tuttt kalah dan playernye menangis aku gelakkan dorang (ish jahatnye aku, hee). By the way, I PROUD TO BE MALAYSIAN's. . peace :)

Monday, 30 May 2011

Sedih + Gembira. .

Assalamualaikum. .

  Hari aku rase sedih sangat sebab watak shukri yahaya sebagai fit dalam cite JUVANA da mati, huhu. Lepas nie da tak dapat lagi tengok muke die yang comel tu dalam cite juvana dan da xde la lagi gelak tawa die. Aku ingat lagi ayat lawak die sebelum dia mati disebabkan overdos(dadah), ayat die macam nie "aku lepas keluar dari sini aku nak jadi menteri pertahanan, aku nak askar2 aku pakai baju wane PINK pakadot". Itu la ayat kelaka die, bayangkan askar pakai baju wane pink, hahaha. Tapi sekarang nie da xde dalam cite juvana, huhu.
 Ok2, sekarang nie kite lupekan cerita2 sedih sebab aku ade berite gembira (untuk diri aku la, hee). Semalam telah berlansungnya piala liga juara2, diantara BARCELONA dan MAN. UNITED. Dalam perlawanan ni team kesukaan aku (barcelona) da menang, yahoo. Aku happy sangat2 sebab aku memang tak suke dengan team man. united. Perlawanan tu berlansung pukul 2 pagi (aku x tngok pon sebab tak berani, hee), tapi aku tengok ulangan pukul 1 petang. Aku bertambah happy sebab messi dapat gelaran penjaring terbanyak untuk pertandingan ni, die pon ade jaringkan gol semalam (gol ke-2, minit ke 53).
 Sebenarnya, hampir semua ahli keluarga aku minat barca (dulu aku fikir aku sorang je), tak sangke ayah dan pak cik2 aku pon minat barcelona gak, hee.

love u barca (love malaysia gak) :p

macam mane la aku nak lupekan messi nie. . haishh, hehe

  Barcelona da menang lawan manu, aku harap malaysia menang la lawan hong kong ari jumaat. Takut pon ade jugak sebab kfcm x main kali ini tp takut tu da hilang la sikit sebab SAFEE SALI main kali ni.

p/s: walaupun fit da xde, aku tetap setia tengok cite juvana, hee. Maju la negara tanpa dadah, ewahh. hehe

Friday, 27 May 2011

Selamat Hari Guru. .!!

Assalamualaikum. .

Walaupun hari guru dah lame lepas tapi baru hari ni SMK RAJA ALI sambut hari guru sebab sebelum ni sebuk dengan exam pertengahan tahun. Tahun ni sambutan hari guru agak hambar mungkin sebab hujan kot dan buat pertama kalinye semasa hari guru budak2 form 5 tak buat persembahan sebab masing2 sebuk dengan exam so tak sempat la nak buat persembahan.
  Tahun ni kebanyakkan acara dijalankan oleh budak2 form 6. Seronok la jugak tengok dorang buat persembahan. Dorang buat persembahan tiru gaya artis, memang happy la tengok dorang terutame bile abang hensem buat persembahan, hee. Tapi paling meriah bile cikgu2 smk raje ali menari zapin (tak sangke ramai cikgu raja ali pandai menari, bakat terpendam tu).

budak2 form 6 yang happening, aksi tiru gaye artis. . kung fu fighting!!

citra warna dari budak2 form 1, time kite orang dulu xde pon. .)=

sambil tunggu bas sempat lagi berposing. .hehe

Itu je la kisah hari guru smk raja ali 2011, walaupun budak form 5 xde buat persembahan, acara tu tetap meriah sebab semua cikgu sporting. Tapi sedih la sebab tahun ni tahun akhir kat situ, tahun depan da tak dapat nak merasa hari guru lagi. .huhuhu

p/s: nasib baik henset tak kene rampas. .hee

Saturday, 21 May 2011

MASIH BARU

Assalamualaikum. .
Hai warga2 blogger. saya masih baru disini dan masih banyak yang perlu saya belajar pasal blog nie. sebenarnya saya nie bukan la minat sangat nk buat blog nie tp disebabkan kawan saya buat la. wani omar ko la puncanya, hahaha (jangan marah beb aq gurau je). selain follow blog kawan2, saya suke gak follow blog 2 orang kakak nie, kak fatin liana dan kak elia. mereka adalah sumber inspirasi saya untuk buat blog nie. . by the way thankz to membe2 sebab bagi galakan kat aq untuk buat blog nie. .hee
p/s:bantuan korang sume amat diperlukan. .:)